Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Monday, January 7, 2013

Installer Windows Menggunakan USB PenDrive


Menggunakan USB Pendrive sebagai installer selain CD atau DVD telah lama berlaku. Semenjak awal tahun 2009 perkara ini telah dibahaskan di internet, pada masa itu berbasekan Windows XP. Ada yang bertanya kenapa sekarang baru macam nak heboh semula?

Jawab mudah sahaja.

Sekarang banyak notebook tak ada CD ROM. Lagi pun harga pendrive cukup murah. Saya baru beli pendrive Transcend 32GB hanya RM57 di Lowyat. Dulu siapa nak buat USB inataller XP sedangkan PenDrive 2GB berharga lebih daripada R80. Baik guna CD hanya 40 sen sahaja.

Bagaimana Nak buat Installer Win7 atau Win8 menggunakan USB Pendrive?

Anda perlu ada, Pendrive 4GB (kalau ada lah... 3GB pun tak apa), DVD Installer Windows 7 atau Windows 8. Itu sahaja.

Saya akan turun apa yang saya tahu untuk membuatnya tanpa menggunakan apa-apa software bantuan. Mungkin ada ramai penulis blog menulis pasal perkara ini tetapi kebanyakkannya menggunakan software bantuan yang terpaksa di download. Hanya menggunakan DOS code... Cg Wafi mesti terharu.. Dia tak sempat nak guna Wordstar...


1. Buka Start --> All Programs --> Accessories --> Command Prompt. Command Prompt tu mesti klik sebagai Administrator.


2. Taipkan DISKPART pada Command Prompt seperti gambar di atas. C:/Windows/system32>DISKPART

3. Sekarang kedudukan DISKPART>  
Kemudian LIST DISK, untuk mengetahui Pendrive tu Disk yang ke berapa? Misalnya saya punya Disk 2

4. SELECT DISK 2

5. CLEAN adalah tujuan hiangkan semua kandungan pada pendrive.

6. CREATE PARTITION PRIMARY

7. SELECT PARTITION

8. ACTIVE

9. FORMAT FS=NTFS. Tunggu 100% Makin besar pendrive makin lambat... lambat sangatlah.



10. ASSIGN

11. EXIT. Tapi tak payah tutup command prompt ini. Hanya boleh minimum sahaja.
Bila exit kedudukan kembali kepada C:/Windows/System32>

Lihat pada My Cumputer kedudukan Label Drive CDROM (Installer Windows7 @ 8) dan Pendrive. Misalnya saya punya CDROM F dan Pendrive pada E.

12. F:

13. F>CD BOOT

14. boot>BOOTSECT.EXE   /NT60 E:
/NT60 ini untuk windows Vista ke atas. Kalau Windows XP kebawah guna /NT52

Selepas siap ini. Anda boleh copy semua kandungan CD/DVD installer ke Pendrive. Sekarang Pendrive anda telah berjaya dijadikan boot Installer Windows 7 atau 8.

Nak masukkan crack dan instellar lain pun boleh. Hanya awas jangan masukkan virus!!



Kalau anda kaki baiki... suka installer atau jadi hamba kawan-kawan untuk baiki komputer, saya cadangakan anda perlu ada beberapa USB Bootable....

1. HIREN 15.2. Ada banyak perkara di dalamnya paling banyak saya guna ialah untuk buat ghost, Acronis... Boleh juga reset password windows. Boleh boot Windows XP bagi pc yang mampus tak boleh buka sebelum format nak alihkan fail didalamnya. Ada simple Linux life juga boleh guna untuk semak data dalam pc rosak. Perlu Pendrive minimum 512MB sahaja. Sebaiknya 1 GB

2. LINUX DEEPIN. Baik untuk guna notebook yang ada password. Bagus daripada UBUNTU kerana boleh buka fail MKV (semua format video). Kalau membaiki ada kala kita perlukan linux untuk mengatasi masalah error pada windows. (Boleh baca pasal Linux Deepin di sini, saya dah tulis -- Sila klik)

3. INSTALLER WIN XP, WIN 7 dan WIN 8.

Untuk buat Installer XP ada sedikit kelainan nanti kalau ada masa saya tulis. Selamat mencuba...

3 comments:

  1. tadi baru je siap download windows 8 pro , tapi belum ade lagi DVD nak burn , kalau ikut stepp atas memang terus jadi ke boot pendrive ? tanpa guna software ?

    ReplyDelete
  2. Ya nota ini tanpa menggunakan solfware.

    ReplyDelete
  3. blh bagi link untuk download win8...

    ReplyDelete