Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Monday, January 21, 2013

Birthday: Hari ini 13 tahun lagi aku boleh pencen Cikgu!!

Dengan Notebook Acer TravelMate 430
Hari ini genap umur aku untuk 13 tahun lagi aku boleh pencen sebagai seorang guru. Tapi aku rasa aku nak pencen awal. Untuk pencen awal dan dapat pencen penuh aku hanya perlu 7 tahun lagi. Rasanya lebih selesa aku berada di rumah untuk meneruskan sisa hidup itu jika Allah panjangkan umur aku.

Hari ini kira hari ulang tahun aku, orang putih kata 'birthday'. Arab kata maulud. Nanti ada yang akan sambut Maulidur Rasul...

Perayaan sambutan harijadi berasal dari fahaman paganism. Menurut “The Encyclopedia Americana (1991)” di dunia kuno Mesir, Greece, Rome dan Parsi disambut perayaan harijadi “tuhan-tuhan”, raja-raja dan pembesar-pembesar. Pengarang buku Ralph dan Adelin mengatakan bahawa di Mesopotamia dan Mesir, tempat bermulanya tamadun manusia adalah tempat bermulanya manusia mengingati dan menghormati harijadi (birthday). Menyimpan rekod tarikh harijadi di dunia kuno tersebut adalah penting kerana tarikh lahir adalah penting dalam meramalkan dalam ilmu nujum (horoscope).

Asalnya istilah paganism adalah bermakna satu amalan spritual dan agama yang diamalkan pada zaman sebelum era kristian di Eropah. Kemudian istilah itu berkembang menjadi satu amalan spiritual dan agama selain dari agama Abrahamic yaitu agama Islam, Kristian dan Judaism.

Orang Yahudi tak setuju dengan perayaan sambutan Harijadi. Berdasarkan makna istilah paganism ini, adalah tidak menghairankan apabila orang Yahudi pada zaman kuno itu tidak merayakan sambutan harijadi kerana mereka menganggap ia sebagai paganism. Begitu juga dengan golongan Nasrani pada 300 tahun pertama tidak merayakan sambutan harijadi sesiapa terutamanya harijadi Nabi Isa a.s. kerana menganggapnya sebagai paganism.

Ikut setengah pendapat satu golongan rabbi yahudi dalam kitab suci mereka hanya ada satu sahaja tempat disebut mengenai sambutan “akil baligh” kanak lelaki berusia 13 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun. Perayaan ini tidak seperti perayaan harijadi sekular pada hari ini.

Satu golongan Kristian iaitu Jehovah's Witnesses tidak merayakan sambutan harijadi kerana mereka menganggap ia adalah perayaan harijadi Firaun dan Herod Rom yang mana Herod Rom ini telah memenggal leher Nabi Yahya (John the Baptist)

Jadi bila sambutan Hari jadi ini bermula di dunia moden?

Adalah dijangkakan asal bermulanya secara meluas perayaan sambutan harijadi di Eropah adalah dari amalan MITHRAS yang berasal dari Parsi, yang disebarkan oleh tentera Rom di seluruh empayar Rom. Walaupun Rom dan Parsi saling bermusuhan, tentera Rom telah mengambil ajaran Mithraism dari Parsi. Kemudian apabila kerajaan Rom dan rakyatnya menganut Kristian, fahaman Mitraism ini dimasukkan ke ajaran Kristian.

Ada pula yang bertanya apa kaitan dengan lagu Happy Birthday?

“Happy Birthday To You” atau “Happy Birthday” adalah nyanyian tradisional, liriknya tidak diketahui siapa yang mula menciptanya.

Melody lagu ini datang dari dari nyanyian “Good Morning To All” yang ditulis dan direka oleh dua orang wanita Amerika iaitu Patty Hill dan Mildred J. Hill dalam tahun 1893 di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat. Kombinasi lirik dan melodi dalam nyanyian “Happy Birthday To You” mula keluar dalam bentuk bercetak pada 1912 atau boleh jadi lebih awal dari itu. Tiada satu pun dari terbitan awal nyanyian ini mempunyai notis copyright (hakcipta). Sebuah syarikat bernama The Summy Company telah mendaftarkan hakcipta lagu ini pada 1935 dengan menyatakan Preston Ware Orem dan Puan R.R. Forman sebagai sebagai pengarang lagu ini.

Macam mana Malaysia boleh terikut dalam hal ini?

Malaysia adalah tanah jajahan British. Sangat banyak budaya-budaya dari British samada dari agama Kristian atau dari ajaran sekular barat telah terserap dan diamalkan di Malaysia termasuk perayaan menyambut hari jadi atau hari lahir. Apakah amalan menyambut harijadi ini diciplak dari Kristian atau berbentuk secularisma perlu dibincang di tempat lain. Amalan menyambut ulangtahun hari lahir yang banyak berlaku ini perlu dicermati agar tidak terpesong aqidah dan amalan orang Muslim. Maka menjadi tugas ulamak yang prihatin untuk memberi jawapan kepada hal ini.

Ada berbagai cara orang menanggapi ulangtahun hari lahir. Ada yang sekadar mengingatinya. Ada yang mengadakan parti untuk bersukaria. Ada yang membuat kenduri doa selamat. Ada yang sekadar memberi hadiah kepada orang yang berkenaan. Ada yang sekadar menulis kata-kata manis dan doa yang baik kepada kepada orang yang berkenaan di dalam blog dan paling ketara dalam facebook.

Dalam facebook aku semasa aku menulis artikel ini sudah ada 107 ucapan birthday daripada pelbagai golongan kepada aku.

Aku semenjak berbini baru kenal 'birthday'.. dulu tak ingat pun bila!!

2 comments:

  1. Selamat Hari Lahir...Walaupun terlewat nak ucap kepada cikgu...saya pengunjung baru yang bersinggah di blog dan laman cyber cikgu..dari cikgu untuk cikgu

    ReplyDelete
  2. Sebelum berbini mmg takde ke org sambut. Ye ke? Remind balik 😂

    ReplyDelete