Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Tuesday, January 1, 2013

Rahsia Nasi Goreng Kampung Kambing



Hari ini, hari pertama ke sekolah setelah bercuti hampir 2 bulan... seronok pun dah mula hilang semenjak dua minggu lalu kerana persiapan untuk 5 orang anak bersekolah bermula dengan membeli pakaian dan pendaftarannya semalam. Hilang seronok pasal duit bonus semua habis ke situ!!

Saya bukan nak bercerita pasal sekolah tapi pasal NASI GORENG KAMPUNG - KAMBING yang saya posting 'saja-saja' di facebook malam akhir tahun 2012.

Hari ini ramai yang bertanya saya pasal nasi goreng itu. Guru perempuan pun, di kantin tadi bertanyakan perkara yang sama. Oleh itu saya akan bocorkan rahsia resipi ini....

Semalam pendaftaran 4 orang anak saya dan kami sekeluarga makan diluar dan malamnya kami dah ambil keputusan tak akan masak. Kebetulan isteri saya sibuk menjahit.. ini kerja-kerja last minit untuk bajuk persekolahan anak-anak.

Saya ke dapur selepas solat isya'.. rasa lapar. Tanya Haziq (sekarang ini dia paling sulong di rumah setelah Muiz dan Nabihah tinggal di asrama) dia lapar atau tak? Dia jawab tak.. Mursyid adiknya sedang melukis menjawab kuat dia lapar.. Nabila anak bongsu saya dah tidur.. terlentang di hadapan TV semenjak petang tadi.

Saya buka peti sejuk dan...

Nampak sambal belacan cili api..


Kari kambing yang masih ada beberapa ketul lagi... Nasi dingin..


Tiga ekor ikan goreng (gambar ini selepas di masukkan isinya). Maka terlintaslah dalam kepala boleh buat nasi goreng.. Lihat kangkung ada. Ikan bilis ada, telur ada sebiji aje lagi..

Kuali dengan minyak goreng ikan masih ada di atas dapur. Saya asingkan minyak tinggal secukup untuk menumis. Masalahnya minyak ini hitam dengan abuk ikan ada mekat sikit. Saya malas nak basuh... saya "sodep-sodepkan" abuk ketepi.. Dalam hati hitamlah nasi goreng aku nanti....

Saya ambil 2 ulas bawang putih. Saya 'penyek'kan dengan pisau. Kupas kulit terus masukkan dalam minyak tadi. Ambil ambil 2 ulas bawang merah yang besar. Mayangkannya. Masukkan dalam kuali... setelah bau bawang puih telah semerbak.

Bila bawang mula nak hangus, saya masukkan cili boh dan kemudian masukkan sambal belacan... Tolak ramuan ke atas dengan sodep, pecahkan telur... biar dia mula masak dan gaulkan dengan ramuan tadi... masukkan sedikit garam..

Masukkan ikan goreng. Oleh kerana aku malas nak isi dan tumbuk dengan lumak ikan itu aku hanya 'perelai' sahaja.. itu pun anak aku kata ayah tulang masuk sekali... Aku jawab nasiblah siapa yang makan nanti!!!

Aku pilih isi kambing.. ini kena berhati-hati nanti termasuk sekali karinya akan mempengaruhi rasa nasi goreng kampung aku ini...

Taburkan ikan bilis...


Akhir sekali kangkung... malas nak 'siang' kangkung secara cermat. Biasa dulu kerat satu-satu daunnya. Kemudian belah serong batangnya. Teringat arwah emak aku selalu 'belebel' ke aku kalau potong secara lurus.. Kalau dia lihat gambar tu, mati tak akan dia sentuh nasi tu!!

Aku panggil Haziq minta ambilkan gunting masakan. Sebelum ini aku gunting bebola untuk buat steambot... Dia kata tak jumpa.. Aku suruh cari juga.

Kemudian dia bawa gunting kain umminya. Aku kata ini gunting kain Ummi! Dia jawab ummi ada banyak gunting. Yang ini tak guna dah! Gunting kain, gunting kainlah... Nasib baik tak ambil gunting misal dan janggut aku... Aku rasa kalau guna gunting itu seminggu isteri aku tak keluar rumah... he he


Akhirnya NASI GORENG KAMPUNG - KAMBING pun siap. Dengan tea O panas, nasi goreng pedas... aku boleh tidur lena pasal perut sudah kenyang..

Mursyid anak lelaki bongsu aku kata "Sedap ayah masak, ingat ayah pandai masak steamboat aje... rupanya ayah pandai masak nasi goreng kampung"..

Bini aku jeling... mesti dengki tu.. Pasal dia hari-hari masak tak dapat pujian aku masak setahun sekali dapat pujian.... kah kah

1 comment: