Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Sunday, December 30, 2012

Utrabook mana pilihan terbaik?


[Artikel ini 3 bulan lalu tapi aku tak sempat nak publish... mungkin sibuk kot. Aku publish hari ini dan baca dengan memori 3 bulan lalu... ha ha ha]

Dah lebih daripada sebulan aku tak menulis. Nak kata sibuk tak juga tapi, masa banyak ter'habis' dengan kerja-kerja ad-hoc.

Bila buat kerja, pakai (guna) notebook dan masalah yang selalui dihadapi ialah masalah susah nak bawa (kerana berat) dan mudah habis bateri. Aku pernah beli bateri di lowyat 2 biji dengan harga RM125 tapi tak pratikal juga... dan menjadi pilihan terbaik guna Utrabook.


Smartpad tak sesuai dengan aku kerana aku jenis pengguna CorelDraw dan Photoshop tegar! T@drop yang aku perolehi daripada 'mat said' hanya aku pakai (guna tak sampai 3 hari aje.. hanya aku cari semula selepas nak pergi kursus android.

Bila nak beli Utrabook, yang paling pening jenama apa yang paling sesuai? Ni beberapa jenama aku telah semak i5 bukan i7 sebab harganya mahal sangat sedang aku ni jenis orang 'seken' (miskin).

1. Apple MacBook Air

Apple MacBook 13" 1.8GHz i5 4GB RAM, 128GB Harddisk SSD Intel HD Graphics 4000. berat 1.35 kg dan tebalnya ialah 17mm. Bateri tahan 7 jam. 2 USB 3.0 Berharga RM3699.00.

Tiada port VGA dan RJ45 (network)

Aku ni bukanlah suka sangat dengan Apple. Jadi tak masuk dalam senarai pilihan utama aku. Rasanya susah juga pasal tak ada RJ45.

2.  Dell XPS 13 Utrabook

Dell XPS Utrabook 13" 1.6GHz i5 Windows 7 Home Premium 64bit, 4GB RAM, 128GB Harddisk SSD Intel HD Graphics 3000. berat 1.36 kg dan tebalnya ialah 6-18 mm. Bateri tahan 8.5 jam. 1 USB 3 dan 1 USB 2.0, Gorilla Glass  Berharga RM3299.00.

Tiada port VGA dan RJ45 (network)

Dulu aku pernah guna Dell XPS, memang Dell ni ok tapi masalahnya tak ada RJ45 menyebabkan aku tak berapa nak pilih.

3. Acer Aspire S5

Acer Aspire S5 Utrabook 13" 1.7GHz i5 Windows 7 Home Premium 64bit, 4GB RAM, 128GB Harddisk SSD Intel HD Graphics 4000. berat 1.2 kg dan tebalnya ialah 15 mm. Bateri tahan 8.5 jam. 2 USB 3,  Berharga RM3199.00.

Tiada port VGA dan RJ45 (network)

Aku tak berapa suka Acer ni pasal kedudukan portnya di belakang dan kena buka dulu!
4. Asus Zenbook UX31


Asus Zenbook UX31 Utrabook 13" 1.7GHz i5 Windows 7 Home Premium 64bit, 4GB RAM, 128GB Harddisk SSD Intel HD Graphics 4000. berat 1.3 kg dan tebalnya ialah 3-18 mm. Bateri tahan 7 jam. 2 USB 3, Mini HDMI dan Macro VGA Berharga RM2999.00.

Tiada port VGA (hanya guna macro) dan RJ45 (network).




5. Samsung NP530U3C

Samsung NP530U3C Ultrabook 13.3" Intel® Core™ i5 Processor 3317U (1.70GHz, 3MB L3 Cache) didatangkan dengan harddisk 500GB atau SSD 128GB. Beratnya dua pilihan iaitu 1.52kg (3.35lbs) : System with HDD
1.49kg (3.28lbs) : System with SSD. Harganya RM2639.00. Tebalnya ialah 17.5 mm

Tiada port VGA (hanya guna macro) tapi ada RJ45 (network) yang berbentuk boleh terbuka.



6. HP Folio 13

HP Folio 13.3" Windows 7 Home Premium 64-bit, Intel 2nd Gen Core i5 i5-2467M / 1.6 GHz, RAM 4 GB, Harddisk SSD 128 GB, Dengan 3 x USB - USB, 1 x Ethernet - RJ-45, 1 x HDMI Tebal 18 mm dan berat 1.45kg dengan Bateri yang boleh tahan sehingga 9.3 jam.
Tiada port VGA tetapi berikan converten HDMI to VGA.
Harganya ialah RM3099.00

HP juga mengeluarkan model i7 yang dikenali sebagai HP Envy Spectra 13.3" seperti gambar di bawah:-
Harga ini ialah RM3329.00 dengan kelebihan ada port thunderbolt dan speaker audio Beats.

Maklumat perbandingan yang mungkin boleh membantu....
DIMENSIONS (IN.)THICKNESSWEIGHT (LB.)
HP Folio 1312.54 x 8.670.713.3
Lenovo IdeaPad U300s12.8 x 8.50.582.90
Asus Zenbook UX3112.8 x 8.80.11 - 0.712.86
Acer Aspire S312.6 x 8.50.51 - 0.682.98
Toshiba Portege Z83512.8 x 8.940.11 - 0.682.96
MacBook Air (2011, 13-inch)12.4 x 8.940.33 - 0.632.47
Samsung Series 912.9 x 8.90.62 - 0.642.88



PCMARKVANTAGE3DMARKVANTAGE3DMARK06
HP Folio 13 837115233451
Lenovo IdeaPad U300s881514133357
Asus Zenbook UX3166921574N/A
Acer Aspire S3522214753282
Toshiba Portege Z835611513723610
MacBook Air (2011, 13-inch)1013417484195
Sony VAIO Z (2011)120791984 / 4019*4333
*Denotes discrete GPU score

THE LONGEST-LASTING ULTRABOOK YET, WITH OVER SEVEN HOURS OF JUICE
BATTERY LIFE
HP Folio 137:07
Toshiba Portege Z8355:51
Lenovo IdeaPad U300s5:33
Asus Zenbook UX315:31
Acer Aspire S33:27
MacBook Air (2011, 13-inch)6:12
Sony VAIO Z (2011)5:27 / 10:34*
*With slice battery


Dalam banyak-banyak ultrabook aku pilih HP Folio 13. Sedang HP Folio 13 paling tebal dan paling besar.... Aku pilih atas bateri serta ketahanan designnya. Dia stabil dalam imbangan...



No comments:

Post a Comment