Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Friday, December 21, 2012

Pinnacle Studio 16 berubah agak drastik

Lama tak buat video klik. Baru-baru ini ada yang minta tolong buatkan video klik 10 minit.

Semenjak saya guna notebook HP Folio 13 saya saya hanya install Sony Vegas 12 dan Power Director sahaja. Harddisk yang kcil 128GB memerlukan saya ber'jimat cermat' kerana saya menggunakan banyak software.

Beberapa program hanya saya guna portable sahaja, misalnya Open Office 3.2.

Dalam membuat video dengan masa yang terbantas, bahan yang terbantas dan memerlukan teknik yang kehadapan, saya terpaksa install Pinnacle Studio Ultimate 16 yang bersaiz 1.71GB.

Wah, cukup berbeza penampilan Pinnacle 16. Adakah perubahan ini kerana CorelDraw telah membeli Pinnacle Studio, Dazzle Studio dan termasuk Avid Studio.

Pinnacle Studio 16

Walaupun Pinnacle 16 lebih laju, lebih menarik dengan butang dan menu yang terkini tapi "cukup memeningkan" aku yang telah lama dengannya.

Sebelum ini saya menggunakan Pinnacle Studio 15. Masih seperti versi asalnya yang lebih tertumpu kepada "stroryboard view".

Pinnacle Studio 15
Dalam keadaan tergesa takkan aku nak belajar fungsi-fungsi baru sedang tujuan aku nak guna Pinnacle sekadar nak ambil transationsnya sahaja yang agak menarik!

Aku guna Pinncale semenjak versi 7 dan paling lama aku guna ialah versi 9.1 (aku tak guna versi 9.3 pasal versi update ini menyebabkan suara boleh lari daripada gambar). Tapi bila lihat pada versi 16 ini membuatkan aku terpaksa mengambil keputusan meninggalkan Pinnacle pasal dah hampir sama dengan Sony Vegas atau pun Cyberlinks PowerDirector.

Pinnacle Studio 10
Kesimpulan yang boleh aku buat, walaupun besar, Pinncale Studio 16 baik untuk dicuba kerana banyak fungsi yang memudahkan kita membuat video tanpa pengetahuan asas yang banyak.

Tapi buat aku, Pinnacle sekadar hiasanya di notebook sebagai koleksi soflware dan aku aku buat perbandingan jika ada kursus video yang terpaksa aku menjadi JU (Jurulatih Utama). Gunanya untuk mengelirukan orang untuk meneka video klip ini dibuat dengan soflware mana? he he









No comments:

Post a Comment