Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Friday, November 9, 2012

Linux Deepin menarik untuk dicuba

[Artikel ini sepatutnya telah disiar bulan lalu, tapi ada sedikit masalah teknikal... tak tersiar]

Saya berhasrat untu membuat pendedahan Linux kepada pelajar-pelajar ICTL tingkatan 2. Saya akan ambil sedikit masa sebelum cuti persekolahan untuk mereka tahu tentang linux. Paling kurang pun mereka boleh membuat boot CD/USB live untuk linux.

Linux Ubuntu memang paling popular dan menjadi pilihan. Tapi sebagai seorang guru kita diajar tidak boleh puas hati kepada sesuatu perkara melainkan kita membuat perbandingan. Konsep perbandingan juga bergantung kepada keselesaan pengguna... pasal itu tidak semua perkara akan memenuhi citarasa semua pengguna.


Saya mencuba Deepin 12.06 satu Linux yang sebelum ini dikenali sebagai Hiweed GNU / Linux distribusi linux dari Cina berasaskan Ubuntu. Linux ini hanya diguna di China menggunakan bahasa China. Tapi oleh kerana ada beberapa ciri kelebihan linux ini mulai mendapat perhatian luar China dan kini ada dalam versi Bahasa Inggeris.

Secara umumnya hampir sama dengan Linux Ubuntu 12.04. Ramai termasuk pengguna Linux sendiri masih tak tahu tentang Deepin ini. Aku secara peribadi lebih suka Deepin berbanding Ubuntu, setelah aku mencuba   Slax 6.1.2, Fedora 17, Karoshi, SUSE 11 dan Ubuntu 12.04.

Ada beberapa linux yang tops 2012 yang masih aku belum cuba seperti Debian, Centos (aku cuba jugak godik pasal satu daripada server sekolah pakai centos5), Linux Mint, Arch Linux dan Backtrack Linux.


Seperti Ubuntu, boleh mengesan wireless secara automatik dan tak banyak beza dengan Ubuntu. Tersedia dengan pelbagai kemudahan membuatkan pengguna tak perlu mencari terutama bila kita terdesak mengguna komputer. Antara kelebihannya..



Antara paling aku suka ialah Deepin boleh membuka hampir semua fail video termasuk dalam format mkv. Ini UBuntu tak boleh. Jadi senang kalau kita buat boot USB Pendrive dengan Deepin terutama kalau kita suka membaiki pc/notebook windows yang corrupt boleh kita ambil failnya dengan mencuba dulu.

PrintScreen Deepin paling terbaik, kerana dia lebih mudah dan boleh setting. Ini aku nak marah kepada Windows (Bill Gates) pasa print screennya entah kita tak tahu ada ke tak ada? Windows 8 ada penambahbaik tapi masih belum cukup.


Dulu Deepin menggunakan Ubuntu Software Center, tapi sekarang Deepin ada Software Center sendiri. Banyak software boleh didapati di sini.


Ini contoh software graphic yang ada...

Ada beberapa orang pelajar aku terutama yang lelaki berminat, pasal bila aku kata untuk jadi 'hackers' mesti tahu linux. Mereka nampak makin berminat. Ini membuatkan sekali lagi cg Wafi berlinang air mata.... (hanya yang tahu boleh mengerti ayat ini)

Bila pelajar tanya aku, apa kelebihan buat boot USB ni cikgu? Aku kata kalau kawan awak bawa notebook dia kedekut dan notebooknya ada password, mung curi guna pakailah usb ni!!

Dia orang gelak!!

Sekurang-kurang aku telah membuka lembaran baru kepada pelajar aku (tingkatan 1 dan 2)...



Boleh download di sini
http://www.linuxdeepin.com/download







No comments:

Post a Comment