Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Friday, November 2, 2012

Instalando Windows 8


Windows 8 baru lancar nampak macam menarik. Aku pernah install Windows 8 setahun yang lalu (November 2011). Versi "Windows 8 Developer Preview" Tapi 2 hari selepas itu aku format semula. Sila baca di sini kenapa? [kilk]

Aku lihat tawaran Microsoft untuk Windows 8 Pro upgrade hanya RM49.92 iaitu $19.99 aje.. Terniat dalam hati nak guna Windows original... Menangis sakan si RizalHanafi dan si cg Wafi.

Aku pun daftar online dan gunakan Visa Debit Maybank untuk pembayaran. Malangnya Maybank aku ada masalah. Aku call coustomer servis, dia orang kata aku tak aktif untuk visa dan limit aku set RM0 pada tahun 2008 lalu.

Dua kali aku turun ke ATM mesin untuk selesaikan masalah ini tapi TAK BERJAYA... celaka punya Maybank... ini mesti marah pasal aku usik ATM tempoh hari. Sila baca di sini nak tahu kisahnya! [klik]



Catatan: Untuk sesiapa yang nak Windows 8 Pro dengan harga RM50 rial, sila ikut URL ini.
https://www.windowsupgradeoffer.com/en-MY/ 

Daftar dengan nama dan alamat betul, maklumkan bahawa anda beli Windows 7 selepas 1 Julai 2012. Nama Kedai dan PC tu tak kisah sangat reka ajelah. Yang penting tarikh tu. Nanti Microsoft akan hantar Promo Kod kepada anda. Gunakan kod promo untuk dapatkan harga diskaun sehingga RM49.92. Selamat mencuba. Oh ya lupa, ada mesti ada kredit card dan line internet yang laju untuk download lebih kurang 2GB. Kalau nak DVD boleh tapi kena tambah lagi $19.99 dan shipping lebih kurang $4.95 (Dollar tu!!)

Biasanya perangai aku bila nak buat sesuatu aku mesti buat sampai jadi. 'Panasan' (berang) aku pun cari yang pirate punya. Payah juga awal-awal ni nak cari yang pirate..Link mesti broken punya! Kalau ada terlalu besar dan akhirnya aku terjumpa yang Spanish punya Windows 8 Pro RTM Espanol Final. Spanish-spanish lah... asal Windows 8.

Aku download guna line streamyx... Celaka juga ada line YES 10MB tapi banyak sangat sekatan.

Aku pun test pada tablet HP TouchScreen aku yang aku (sekarang ini isteri aku pakai). Bila aku install keluar bahasa Espanol. Instalando...... Aku baca setiap kali perkataan keluar. Isteri aku tergelak sakan... Masa minta siri nombor aku test beberapa kali gagal...  Akhirnya berjaya... Bini aku pelik macam mana aku faham... tapi sebenarnya aku dah biasa dengan windows aku agak aje...

Bayangkan 100% bahasa Espanol... dengan antara windows 8 yang kita belum biasa... kalau windows 7 tu boleh juga agak-agak.. Aku berjaya pula menukar bahasa kepada English dengan men'download' patch languege.

Masalah baru pula ialah Microsoft kesan windows aku tak genuine pulak. Sekali lagi aku bersusah payah nak crack akhirnya dengan bantuan rakyat Korean yang perihatin dengan golongan papa kedana... aku jumpa satu activator yang boleh menyelesaikan 2 perkara iaitu mengaktifkan windows dengan menjadikan ori dan membolehkan aku menukar personaliti (satu ciri sekatan pada windows 8 untuk elak pirate).

Setelah di uji test aku dapat ok...


Ini versi Developer Preview

Hanya aku rasanya ada sedikit perbezaan dengan  Windows 8 Developer Preview dulu yang ada start di hujung dan sebelah kanannya ada macam program file, tapi yang baru ni tak ada, entah mungkin pirate kot!!

Begitu juga dengan gedget yang tak ada. Tapi tak ada masalah pasal driver. Semuanya ok boleh diselesaikan. HP TouchScreen aku dulu ada sedikit masalah dengan Windows 7 tapi ini boleh selesai masalah finger print dan touchscreen tanpa perlu install apa-apa driver.

Aku sekarang ini aku format pula HP Provalion DV3 i7 aku pula... Tak tidur pula aku malam ini sebab notebook ini hardisknya 650GB.

Sebelum aku akhir, aku nak cakap Microsoft bodoh.. kalau nak jual tu jangan buat susah oranglah....

2 comments:

  1. salam,leh kongsikan link pirates windows 8 tu?

    ReplyDelete
  2. link untuk spanish punya. ambil dengan risiko sendiri

    http://uploaded.net/f/2wsu3c

    ReplyDelete