Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Wednesday, July 28, 2010

Cikgu buka FB berapa tahun sekali?

Tahun ini saya mengajar 9 kelas ICTL untuk tingkatan 1 dan 2. Jika diambil kira 30 orang sekelas, ini bermakna anak murid saya tahun ini adalah 270 orang.

Selibus ICTL biasanya asas komputer seperti e-mel, internet, microsoft word, exel dll. Saya dah mula 'boring' dengan selibus ini, kerana saya dah mula mengajar ICTL semenjak tahun 2002 lagi. Awal tahun ini saya telah siapkan satu "modul webblog" menggunakan blogspot lebih kurang 30 muka surat.

Saya mewajibkan setiap pelajar saya mesti ada blog dan Facebook (FB). Jika tiada seorang yang bersifat degil dan tak endah kata guru,  dengan sekolah saya sekolah primier sudah pasti budak-budaknya tak degil sangat maka sudah ada 270 blog dan facebook. Itu baru tingkatan 1 dan sebahagian 2.

Walaupun saya mengarahkan pelajar saya mesti ada FB dan saya memberikan contoh kepada pelajar saya dengan membina FB saya sendiri, saya tak pernah buka FB saya, malah pada permualaannya saya lupa password yang telah didaftarkan.

Pada suatu hari, saya masuk ke kelas, seorang pelajar perempuan anak bekas pengetua SMK Sultan Omar bertanya saya... "Cikgu, cikgu buka FB berapa tahun sekali?" Pertanyaan ini cukup menyusuk diri dan jantung saya.

Memang saya tak nampak ada faedah pada FB untuk diri saya.. Tak ada yang menarik. Saya lebih suka kepada portal samada nuke atau joomla. Saya juga lebih selesa dengan blog...

Pelajar berkenaan bertanya pasal pada masa itu lebih daripada 400 e-mel FB saya tak buka dan mungkin lebih daripada 200 pelajar yang status "Friend Request Pending.."

Saya cuba mendapatkan semula password, membaiki semula penampilan FB dan menerima kawan. Tapi masa itu masih lagi tidak memberikan tumpuan sepenuhnya.

Pada masa membina e-pantau SPM Online, sahabat saya "Mulia", bertingkahlaku sama seperti pelajar saya dengan FBnya dan saya bertanyakan apa kelebihan FB. Mulia ini memang perangainya kalau menerangkan pasti secara detail. Malah dikaitkan sekali dengan twitter.. menyatakan perbezaan dan kelebihan FB..

Apa yang saya simpulkan kelebihannya pada mencari kawan lama..

Sambung esok tengah malam dah saya mengatuk... kah kah kah,.

2 comments:

  1. berminat dengan cikgunya modul webblog..email kat saya boleh..

    ReplyDelete
  2. Zabidi, modul itu hanya yang belum pernah buat. Yang dah pandai tak perlukan modul ini.

    ReplyDelete