Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, July 12, 2012

Konsep Asas Blur dalam Photoshop


Hampir dua minggu saya agak kesibukkan, pengajaran kelas ICTL ada sedikit terganggu kerana kurang fokus. Rasanya minggu akan datang kurang tugas ad-hoc, bolehlah kita fokus semula kepada pnp. 
Nak kata tak ada langsung rasa mustahil. Minggu ini saya ingin tunjukkan sedikit kepada pelajar tentang konsep asas 'blur' dalam Photoshop dan menarik sekiranya semua menggunakan Photoshop CS6. Insya-Allah PC makmal ICT akan di tukar daripada Photoshop CS5 kepada CS6.

Pernah tonton cerita Hindustan atau Tamil? Bagaimana heroinnya nampak terserlah berbanding yang lain? Saya selalu joke kepada pelajar perempuan kelas yang saya mengajar, kalau awak berada dengan puluhan wanita negro agaknya siapa paling "lawa" (cantik)?
Jadi bagaimana nak lawakan gambar anda dengan menggunakan photoshop? Kalau dah lawa bagaiman pula nak tambah lawa?


Sorry ini gambar pelajar saya tingkatan 2 tak pasti tahun bila saya jadikan contoh. Gambar biasa saya ambil dengan menggunakan kamera Sony Cybershot DSC-T300 dengan cahaya lampu kalimatan dalam makmal yang kurang terang. Tak pasti semasa mengambil gambar ini menggunakan flash atau tak.


Langkah 1, select pelajar berkenaan. Paling baik gunakan "Quick Seletion Tool". Kemudian Inversekan seleted berkenaan. Pilih Blur sebaiknya Gaussion Blur. Carikan bilangan blur yang sesuai.


Langkah 2, Macam cerita hindustan, yang lain perlu digelapkan. Pilih Adjustment, kemudian pilih Black & White. 


Langkah 3, kalau nak cantikkan lagi masukkan sedikit teks.


Jika kita menggunakan CS6, menu 'blur' diperkayakan dengan beberapa tools baru seperti Field, Iris dan Tilt Shift blur. Yang di atas adalah contoh Iris blur.



Yang ini pula adalah Tilt-Shift blur.

Saya rasa anda boeh mencubanya, jika kesempatan boleh cuba dulu sebelum pengajaran agar bila saya tunjuk cara dalam kelas nanti anda semua mudah faham


No comments:

Post a Comment