Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Friday, January 29, 2016

Terkenang Ikan-ikan Di Kapit

Ikan Semah (spesis Kelah) dan Empurau (tengah)
Terbaca berita daripada The Borneo Post seorang peniaga di Kapit membeli seekor ikan empurau dengan harga RM8,075 yang beratnya 8.5kg. Teringat aku semasa berada di Kapit. Masa itu mewah makan ikan sungai. Sangat  sedap malah ikan spesis yang sama dengan semenanjang tapi rasa lebih enak dan berbeza.




Ikan Empurau
Kapit pekan utama bahagian 7 di Sarawak paling pendalaman, tapi oleh kerana pekan utama semua kemudahan ada seperti bank, pejabat pos, hotel, pasar, pejabat-pejabat kerajaan semua ada termasuk JPJ. Aku ambil lesen B2 dan D di Kapit.

Mungkin ada yang mengenali Kapit. Saya akan bawa keadaan persekitaran Kapit pada tahun 2008. Saya tinggal di Kapit 1989-1994. Jadi gambar di bawah ni kira dah moden berbanding zaman saya dulu. Terima kasih kepada Hafez atas gambar-gambar di bawah (kunjung blognya di sini).


Pemandangan Kampung Baru yang didiami oleh majoriti orang Melayu
dari atas puncak bukit  Air Port

Dermaga Tongkang Kapit.
Tempat pertama saya menjejakkan kaki ke Kapit

Sebahagian dari pekan Kapit

Pasar Teresang... denyut nadi kehidupan Kapit

Suasana di dalam Pasar Teresang




Harga Semah RM60 sekilo (2008) sekarang RM350 dulu zaman saya RM17 sahaja.

Ikan Baung

Yang ni pulak... RM10 untuk 3 ekor... ade berani?

Cabai ( cili ) hantu ... kata orang Kapit antara yang terpedas.
.saya masih belum mencuba.

Pemandangan di Pangau Danau








Dulu aku tingga atas Bukit, Nak naik mesti gear 1 Honda Cup 70.

Antara tumbuhan liar yang terlihat



Terminal Penumpang Kapit

Bangunan Kapit District Council ( KDC )


Fort Sylvia ... tinggalan sejarah pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak

catatan aras air banjir diabadikan di dinding Fort Sylvia
 
 
Ok Balik kepada cerita aku di Kapit. Dulu aku tinggal 3 orang sebuah rumah, kebutulan 2 kawan aku tu pandai makan aje. Akulah terpaksa memasak.
 
 
Aku semasa di Kapit dulu
Jadi antara yang aku suka beli ialah ikan Jelawat dan Ikan Semah (Semah susah sikit nak dapat pasal ada musim). Masa tu ikan Jelawat harganya RM10 sekilo sekarang ni aku dapat tahu RM280 - 300 di Kapit. Ini bukan ikan Jelawat di Mydin RM7.90 sekilo. Ikan Semah RM17 sekilo sekarang RM350 dan Tengadak dulu RM70 sekilo sekarang sekitar RM450 sekilo.

Hampit tiap minggu aku makan ikan Jelawat.
 
 

 
 
Jangan hairan kalau lihat orang Kapit semuanya gagah perkasa belaka!!
 
 
 




 
 
 


















0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails