Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Monday, February 1, 2016

Kembali Menjadi Guru Disiplin


Dulu 1996 aku pernah dilantik menjadi Ketua Guru Disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar (SMKSO). Banyak kenangan menarik sebagi guru disiplin. Hanya yang pernah jadi guru disiplin boleh merasainya. Macam orang makan ikan "semah" dia aje tahu bertapa nikmatnya ikan tersebut.

Sebelum itu aku pernah juga menjadi guru kaunseling. Bila aku tulis secara telus ada yang rasa tulisan itu agak terbuka. Tapi itu realiti bukan sahaja kepada masyarakat Iban tetapi Melayu sekarang pun sama aje.


Bilik baru dengan sausana baru memang kadang kala akan membuatkan kita tercabar dan ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Aku terfikir bagaimana aku nak buat bilik ini?


Kedudukan bilik tercorot di kawasan terbelakang sekolah hampir dengan padang adalah strategik itu ikut pandangan bekas Pengetua aku di SMKSO, Cikgu Abdullah. Dia kata kita nak "katok" budak pun tadok saksi... Ini ayat aku ingat sampai sekarang. Cikgu Abdullah dikenali sebagai "Dollah Rimau" memang garang orangnya. Aku dianggap budak pada masa itu.

Masih ingat dia cakap kepada PK HEM, "Budak tu payah basa.. degil" Dia kata aku ini tidak akan dengar kata dan akan buat apa-apa sahaja dan tak endah nasihat orang tua. Itu realiti aku masa tu muda dan awal perkahwinan.



Aku parking kereta hadapan bilik, kebetulan ada tempat lepak. Aku letak satu tabung kaca dengan ikan guppy untuk hiasi sikit tempat lepak ini.


Pertama bilik buka bilik disiplin orang akan lihat apa yang ada dihadapan. Jadi aku tukar meja yang berbentuk mini mesyuarat kepada sette yang aku beli RM1000. RM200 pengetua lama Hajjah Fatimah beri, RM100 Cikgu Ghanami, PK HEM lama beri. RM500 dulit daripada lebihan perhiasan daripada AJK lama Pn. Norzila Hamzah dan RM500 lagi aku 'kecek' (bodek) Pn. Salina Guru Media. Dia ni saudagar. Suami klaya dia pun kaya pitih tak pernah habis...

Aku ada hajat nak beli karpet, tapi 'order' yang murahnya RM70 sahaja 6 X 10 kaki. Biasanya dekat RM200. Tokey Pakistan tu ada 'citer' menarik dengan aku. Bila aku masuk kedai dia dengan isteri aku dia terkejut.. aku tanya apa pasal. Dia ingat aku kawan dia di Pakistan. Memang kita terkejut macam mana kawan Pakisatan boleh ada dalam kedai dia.... Itu citer aku boleh dapat barang murah..

Pakistan tu pun satu hal... Aku 75% Malabarilah... Kalau dengan Tun Mahathir satu spesis.





Bilik aku. Penyelaras Badang Disiplin. Aku tak tahu namanya macam-macam. Ada yang kata Ketua Guru Disiplin. Tapi jawatan yang betul SETIAUSAHA DISIPLIN.


Bilik Aku daripada luar.


Bilik Setiausaha Disiplin. Tapi yang duduk dalam hanya Ustaz Wan Zaki, AJK Badan Disiplin.


Papan Kenyataan Bilik Disiplin.

 Carta Salahlaku. Aku tak guna sebab sekolah ni mana ada kes yang banyak macam SMKSO, perlukan carta macam ini. Kira tak pratikal sekarang ini.


Aku beli almari ini dengan duit lebihan daripada pungutan untuk sofa.


 Meja SU Disiplin, sekarang ini Ustaz Wan Zaki duduk.


Seorang lagi guru disiplin, tapi tak ramai yang minat nak duduk di sini.

Suasana di sini agak sunyi berbanding dengan keadaan di SMKSO yang mana ramai yang nak duduk bilik disiplin pasal keakraban serta banyak perkara boleh dibuat di sana.

 Bilik aku ada rak untuk kelas-kelas. Sekarang rasanya tak pratikal pasal kes tak banyak rasanya lebih baik guna satu fail aje.

Aku nak buang rak ini, rupanya dipaku terus ke simen. Ini kerja zaman Cikgu Alias Senik dan Mat Zin.


Kabinet besi untuk simpan hasil rampasan dan bahan berharga.


Carta organasasi, masih kosong untuk tahun 2016. Aku dah tukar tahun, pasal PK HEM baru Cikgu Aziz tegur kerana tercatat 2014. Semasa 2015 aku tak buat apa sekadar membuat pemerhatian. Tahun ni baru nak mula. Lambat....

Ada Wifi Percuma di Bilik Disiplin. Itu lambang aku masih guru IT.



Peti aduan suatu yang mesti. Ini tradisinya. Sekarang aku dah buat borang aduan guna Google Form. PAK 21 kan!! Tahu tak apa dia PAK 21??


 Kounter borang kawalan kelas. Pelajar masukkan melalui tingkap. Belum ada pitih (duit) nak buat cermin di hadapan.


Mana-mana aku tinggal mesti ada TV. TV on aku tak tengok pun, sekadar dengar ada suara... Motivasi untuk buat kerja.


Coffe Corner ini satu lagi stail aku. Bila kerja nak minum dan makan. Kena ada sesuatu alas perut baru boleh bermalam di tempat kerja.....

Sinki masih tak ada lagi. Susah nak membasuh. Ada dalam "Pelan Stratgik".... 


Rasanya macam "SERONOK" pula tempat baru aku setelah aku tinggalkan Makmal ICTL. 







































































0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails