Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Friday, November 12, 2010

Cikgu buka FB berapa tahun sekali? Part II

Artikel saya pasal tajuk "Cikgu buka FB berapa tahun sekali?" tergantung tak habis. Saya menulis tengah malam dan mengantuk pada masa itu. Memang ada niat nak sambung... tapi biasalah kalau buat kerja, kita tinggalkan jawabnya tak siaplah!!

Rumah saya pun sama. Dulu abang saya nak sambung dan baiki tangga, sampai hari ini title tak siap di hadapan tu, tangga pun tak siap, macam 'rumah tukang'. (Abang saya kontrator yang buat rumah saya).

Title yang dah potong pun dah hilang entah kemana? Kalau sambung nanti jika warna title tak sama jawabnya macam kena penyakit "balau"!!

Begitu juga video perkahwinan anak saudara saya. Dia dah ada 2 anak video tu tak terbuat!! Nasihat saya kalau nak buat, buatlah sampai habis, jangan tangguh itu amalan tak sihat!

Artikel itu rupanya masuk rangking 10 artikel tertinggi bacaannya di blog saya. Entah apa menarik saya kurang pasti. Jadi saya sambung aje..

Suatu hari saya tunggu cikgu Mazharudin (Maza), entah kenapa dia begitu lewat. Maza ni bukanlah orang macam tu. Kalau saya pergi kursus dengan dia mesti awalnya. Kalau ke dewan pasti  dewan tak buka lagi kami dah sampai...

Dia beritatahu saya, kawannya 22 tahun tak jumpa ada call dia. Sembang lama juga. Pertemuan dalam FB katanya.

Saya juga ada seorang kawan, Zamri Saad; setiap kali saya melalui kg Durian Burung saya akan teringat dia, sama juga bila saya melalui Chabang Tiga Simpang Tokku, saya akan teringat Syed Ahmad Husny. Lama benar saya tak terjumpa Zamri tetapi dengan Syed ni banyak kali juga jumpa!

Banyak peristiwa kenangan manis kami bersama di rumah sewa Banglo 6 bilik, di Jalan Gurney, KL. Tapi paling saya ingat ialah ketika saya menghantarnya ke hospital KL akibat dia diserang sakit kepala yang amat sangat. Kalau lihat dia mengelepor macam ayam kena sembelih (darsyat!!).

3 pagi saya di hospital, bergaduh dengan doktor 2 orang doktor. Mula-mula dengan doktor India. Saya kata kepada doktor India itu. "Saya nak kawan saya masuk wad". Dia cool aje, u courses apa?

"Cikgu" saya jawab. Mata dia macam terbeliak aje.. "Cikgu Fizik & Maths" saya menjawab dengan nada lebih tinggi..
Ooi i suka physics. U ingat Einstein, E=mc2 (kuasa dua).

Saya diam aje malas nak layan. Selepas tu gaduh pula di wad dengan misi, pasal saya nak bagi Zamri makan roti. Masa tu 3.30 pagi... Members kat rumah rumah sewa kata sehari Zamri tak makan.

(Sebenarnya saya jarang berada di rumah sewa, kalau balik pun lewat, tu tak tahu Zamri sakit dah di hantar hospital, Saya call ambulan hantar semula dan paksa doktor masukkan wad.. masa tu wad 3 penuh)

Misi tu report pada doktor muda perempuan, dia kata "Doktor budak tu degil nak bagi makan kawan dia". Dalam hati celaka punya misi, akunya dikata budak... Doktor muda tu datang dia check mata.. Dalam hati aku,  "members sakit kepala dia check mata". Doktor pelatih agaknya!!

"Matanya ada kena apa-apa?" Tanya doktor tersebut. Memang mata dia hitam, dia ini courses komputer. Hari-hari main komputer aku kata sambil seleroh. Doktor ini lagi cool!! Rileks aje dan dia sebut pindah ke wad mata, telingan dan hidung (Menantang apa dalam bahasa dulu aku pun tak ingat) wad tu sekarang ni dipanggil Wad ENT.

Rupa-rupanya betul setelah dibedah Zamri terus ok. Sekarang saya pun tak tahu khabar kesan pembedahan dilakukan dulu. Kalau Zamri ada baca artikel ini dia boleh komen.

Esok saya 'lentut' terus tak pergi praktikal (latihan mengajar). Sepatutnya hari itu adalah hari pertama saya kena pratikal mengajar di sekolah Seri Ampang Boy School, KL. "Sekarung" lecturer bambu saya!!

Kalau saya ceritakan engkau orang mesti gelak. Saya kena mengulang latihan mengajar. Bayangkan seorang SU Agong MPP dan Presiden Pesat (Persatuan Sains dan Teknologi) mengulang latihan pratikal. Macam tak pernah cakap depan orang ramai!!! Biasanya yang mengulang pratikal seingat saya di UTM hanyalah yang tak boleh bercakap di hadapan orang ramai.

Panjang pula cerita hal Zamri...

Tak lama saya jumpa Zamri dalam FB, bukan Zamri aje.. anak murid saya di Kapit, lebih drp 30 orang dah jadi members di FB. Kapit ni masa saya mengajar dulu jalanraya hanya 2km sahaja. TV3 pun tak sampai siaranya, Hingga perniaga video rakam buat jual cerita daripada TV3. Surat khabar pun sampai lewat sehari. Kalau Perdana Menteri meninggalpun kita orang terkejut keesokkannya sahaja....

Rasanya macam bersambung lagi...

No comments:

Post a Comment