Gambar sebelah adalah piring astro di sekolah saya. Wah ada 2 astro!! Macam gambar di rumah teres, atau rumah murah aje. Kalau sekali imbas juga boleh dikata macam di rumah panjang!
Macam mana dapat dua astro, itu saya tak dapat tulis di sini, kena tanya 'geng PSS'.
Dulu masa saya di sekolah lama, saya ada 6 talian internet. Mesti ada yang tak percaya.
Wah mesti terkejutnya! Talian ISDN yang dibekalkan oleh pihak Kementerian, sebelum itu talian dail-up yang dimasukkan oleh pihak PIBG. Talian Schoolnet, talian streamyx sekolah untuk pejabat, talian streamyx oleh koop dan streamyx 3mb oleh PIBG dengan pemenant IP. Yang ini saya buat laman web hanya akses melalui server di sekolah aje.
Memang mewah! dan tak pratikal sebenarnya!
Sebut pasal astro, teringat kisah lama yang amat mendukacitakan semasa berada di sekolah lama. Bila nak pasang astro, saya di arahkan keluar daripada Bilik Bisiplin kerana bilik tersebut hendak dijadikan bilik media. Saya digantikanm dengan satu bilik kelas dihujung dunia hampir dengan padang sekolah untuk digantikan bilik disiplin. Saya menolak.
Semua guru disipilin tak puas hati, merajuk dan tidak mahu bertugas kerana Badan Dispilin tak ada bilik. Saya pada masa itu sebagai Ketua Guru Disiplin dengan 17 ahli jawatankuasa di bawah jagaan tetap komited. Kalau bahasa mudah 'keras kepala' tidak akur dengan keadaan.
Walapun cikgu Che Wan Ismail (sekarang ini ada SMK Sura), Guru Bimbingan Kaunseling minta saya tinggal bersama dia, tapi sebagai ketua kita tidak boleh mementingkan diri. Saya mengusung meja dan tinggal di stor kecil yang berhampiran dengan bilik disiplin. Hampir 6 bulan saya tinggal di dalam stor.
Masih bertugas seperti biasa, malah saya menerima perkara ini sebagai satu cabaran, walaupun sampai hari ini saya masih kesal bagaimana sekolah yang begitu besar, sekolah tertua di Dungun boleh mengutamakan bilik media daripada bilik disiplin sedangkan disiplin sekolah tersebut adalah yang terburuk di Dungun.
Kita diajar tentang 'periority', 'authority' dan 'power', tapi keadaan yang berlaku tidak menunjukkan sifat-sifat pengurusan yang boleh dibanggakan. Memang sebagai guru baru pada masa itu, darah kita masih muda, akal kita masih cergas, tubuh kita masih sihat.
Kita perlukan "orang tua" yang mampu menunjukkan jalan-jalan yang baik bukan jalan-jalan permusuhan dan kebencian. Kerana natijahnya buruk di masa akan datang......
Sepintas lalu, seungkap catatan..
| Home | Keluarga | Sekolah | Pelajar | Tips | Software | Coretan | Santai
| Resipi
| Loyar Buruk
| Agama
| Admin | Keluar |
Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..
Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...
haha..keadaan sebegitu selalu terjadi semasa sy bersekolah dc2..apekah rasional nyer buat bilik media bnyk2..secara logiknye dekat tmpat laen pn bleh buat ape nk korban bilik guru disiplin..huhu
ReplyDelete