Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Tuesday, September 10, 2013

15 Tahun sudah berlalu...



Hari ini genap 15 tahun perkahwinan aku. Asas perkahwinan yang didasarkan untuk mendapat keredhaan Illahi (objektif asal) harus dinilai dan disemak semada telah mencapai atau terpesong dek kerana kerenah dunia yang serba mencabar.

Rumahtangga muslim memang mudah disebut tetapi sangat sukar dihayati, dijelma dalam kehidupan yang realiti. Gangguan musuh terutama syaitan dan manusia yang kadang kala membisikkan sesuatu yang boleh menyeleweng daripada apa yang dihajati seperti yang disarankan oleh Islam.



gambar keluarga ini pada raya 2013

Anak-anak pula menjadi cabaran malah boleh membawa "fitnah" yang tidak diduga merobek keaslian niat dan nawatul sesuatu keluarga muslim. Cabaran didikan anak-anak dalam didunia serba moden ini sangat mencabar kerana nilai-nilai murni Islam dilihat sebagai kuno dan ketinggalan. Malah ada yang akan mencemuh cara dan gaya perwatakan yang kita bina.

Oleh itu harapan, doa dan pasrah kepada Illahi adalah jalan terbaik untuk semua ini. Semoga Allah panjangkan usia rumahtangga muslim ini sehingga keahir hayat dan mendapat natijah yang baik di dunia dan akhirat.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails