Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, August 12, 2010

Kenapa tak dilabelkan??

Mengurus server dan rangkaian network di sekolah agak cerewet. Kita kena banyak bersabar dan memhami apa sebenar kehendak sekolah dalam hal ini supaya setiap rangkaian yang di bina benar-benar memberikan manafaat kepada warga sekolah.

Lagi memeningkan apabila sekolah mendapat peruntuk yang besar dan datang ber'talu-talu' kerana mungkin sekolah kita 'special' sedikit berbanding dengan sekolah orang lain.

Saya tak berhasrat untuk mendalami maksud 'special' ini kerana dia boleh melibatkan siapa pengetua di sekolah itu atau siapa guru penyelaras ICT..

Bila projek untuk rangkaian network ini datang bertalu-talu, akan berlakulah pertindihan gerak kerja yang sememangnya tidak akan menunjukkan "kebijaksanaan" jika ada pertindihan rangkaian.. Bagi saya, saya selalu menggunakan istilah "bodoh". Ya mungkin kasar untuk sesetengah orang mendengarnya tapi itulah realitinya..

Bukan tak boleh mendapatkan semua peruntukkan projek ini, tapi kita kena haruslah tahu membuat 'pengubahsuaian' kepada mana-mana yang boleh ditolak ansurkan. Jika kita masih straight dengan apa yang tertulis maka kita akan menjadi "manusia modul" yang tak boleh menilai situasi dan keadaan.

Kadang Kala keadaan dan situasi memerlukan pengurusnya yang tahu membuat perubahan mengikut keadaan semasa.

Jangan hairan jika anda pergi ke sesetengah sekolah yang mendapat projek lebih daripada satu akan terdapat Akses Point yang bersebelahan antara satu sama lain, kabel fible optik pula bersilang antara satu lain. Rak switch pun tak muat bilik kerana berebut tempat!!

Bagus ke situasi seperti ini?

Kenapa perkara ini tidak dibincangkan secara 'lumuk' sebelum sesuatu permasangan dibuat. Payah ke kita nak mendengar padangan orang lain dalam membuat pertimbangan sesuatu perkara di bawah kelolaan kita?

Saya selalu bertanya pada diri saya siapakah yang paling memahami situasi begitu di sekolah?? Pihak sekolah ke? Pihak Jabatan? Pihak Kontrator? atau Pihak Kementerian..??

Saya ada jawapan mudah untuk pertanyaan ini. Pernah pegawai datang ke sekolah saya bertanyakan saya kenapa tak dilabelkan setiap kabel network pada swicth seperti gambar di atas?

Saya tak menjawab pada masa itu...

Saya ingin bertanya, di rumah kita pernahkah kita label setiap bekas dapur misalnya, tabung gula, garam, kunyit, kicap, budu dll???

Kenapa tak dilebelkan??

Kalau kita labelkan, ini bermakna ada "kurang" pada diri kita kerana dapur itu sudah sebati dengan kita dan kita tahu setiap perkara di dapur.

Sama juga, kalau anda dah tahu semua benda, buat apa nak dilabelkan?? Orang luar yang datang boleh bertanya ini kabel apa? dan kita menjawab... Jika kita tak ada dia boleh melihat log pada buku plan pendawaian network di sekolah yang sememangnya cikgu penyelaras ICT sediakan.

Ada orang kata bilik server bukan untuk tempat laluan; tertutup untuk orang tertentu sahaja. Maka oleh kerana itu perlukah kita labelkannya jika sudah anda pelabelan pada buku log pendawaian.

Menamatkan coretan ini, patutlah kita labelkan pendrive, mouse, disket dan notebook supaya orang mudah tahu....



No comments:

Post a Comment