Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, August 5, 2010

Membeli hati.. (?)

Semalam isteri saya tak sihat walau bagaimanapun dia masih lagi mengurus rumah tangga dalam keadaan yang agak begitu menyukarkan. Semenjak dia cuti berehat selama setahun, saya sudah menghantar pulang 'bibik' ke Indonasia. Ya begitu lama bibik bersamna kami, hampir 5 tahun.

Memang ada sedikit keberatan untuk menghantar pulang kerana kerja-kerja rumah mungkin tidak mampu dilaksanakan oleh isteri saya. Tapi kali ini saya lebih bersikap "berkeras" untuk tidak mahu menyambung 'bibik' lagi. Bukan kerana bibik tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.. Bibik memang bagus, malah bibik menutup aurat, solat tidak pernah tinggal, malah satu sen pun duit di rumah tak pernah hilang..

Tapi masa untuk kami "bersama" itu rasanya lebih afdal!

Saya keluar kebetulan untuk menukar ram komputer sekolah dalam kesempatan ini, saya ke kedai makan untuk membeli makanan tengahari dan menalifon isteri supaya jangan memasak. Waktu sekitar 12.00 tengahari..




Warong Abang Man antara menjadi pilihan saya.. entah saya panggil Abang Man mungkin namanya bukan.. Antara menjadi pilihan ialah hati dan pedal goreng berkuah.. Murah sahaja.. pedal 6  RM1 dan hati pula 2 seringgit..

Bila saya pulang, saya masih lihat sarapan pagi yang dibeli masih lagi dalam jabir plastik tak terusik. Isteri saya bangun dan saya bersarapan sekali lagi dengan isteri walapun jam sudah menunjukkan 12.30 tgh.. Pagi tadi dah sarapan dengan Cikgu Zam.. Fresh Oren dengan Mee Hon Sup (bertelur)

Selepas sarapan, saya ke sink dan melihat pingan mangkuk berlonggok, terus saya 'sising' lengan dan membasuh pingan mangkuk yang berselerak itu. Beberapa kali isteri saya mencegah,  saya mendiam diri dan teru membasuh dengan pakaian kerja bertie pula tu!! Saya membasuh sehingga habis semuanya...

Kalau tadi saya membeli hati ayam sekarang saya "membeli hati" isteri...

Bayangkan seorang suami dengan baju kerja bertie membasuh pingan mangkuk.. Walapun kerja ini kecil dan tidak dihairankan pun!! tapi suasana, masa dan  ketika membuatkan harganya 'cukup mahal' untuk hati seorang isteri..... 

1 comment:

  1. Membeli hati.. tersentuh juga aku membaca artikel tu... selaku seorang lelaki beristeri.

    Sememangnya Isterilah teman yang indah, dan perlu, berjauhan sementara demi tugas tapi kita tetap tahu dia sentiasa menunggu kita dan kita sentiasa ada dia.. Itulah Isteri.

    Zul.. Jaga isterimu dengan baik, itu suruhan Rasulullah dan aku semangnya tahu mu memang lelaki yang baik.

    Kak... Cikgu zul ni baik.... setia.

    Kawan mu tulis ni... Truly Teremngganu

    ReplyDelete