Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Tuesday, August 10, 2010

Perlu ada satu laman untuk guru-guru yang minat IT..

Banyak kali usaha untuk mengerakkan guru-guru IT di Terengganu dilakukan tapi usaha ini bukan usaha mengumpulkan "idea dan pendapat" tetapi lebih kepada usaha mengerakkan mereka dalam satu usaha tertentu atau dalam lain bahasa untuk membuat satu-satu projek dengan arahan-arahan tersedia ada.

Memang bagus tetapi sekadar mengumpulkan tenaga dan kepakaran kepada  sesuatu projek tidak membentuk satu gelombang idea dan pendapat yang "besar".

Saya ada niat untuk mengumpul pendapat mereka, biar mereka mencetuskan apa yang ada di "kepala". Kita boleh berbincangan dan berbalah sesama kita dalam satu perbincangan 'anak beranak'. Di mana kita nak mula??

Saya amat gembira apabila Ustaz Mahadi berada di JPN di mana dia mungkin layak mengetuai kita dalam hal ini. Saya ada satu webbase dengan domain http://www.cikgucyber.net/. Dah lama saya nak serahkan kepada kita semua untuk dimanafaat bersama. Dulu saya nak serah kepada Cikgu Anuar, dia kata dia sibuk. bagi pula kepada cikgu Zahrun dia pun sibuk juga...



Sebenarnya kita semua sibuk.. Kalau dikongsikan bersama rasanya tak sibuk. Tanpa kuasa yang ada, tapi harapan yang besar agar laman http://www.cikgucyber.net/ ini dimanafaatkan bersama. Semua guru yang mahir IT diserahkan untuk membangunkannya. Kita garapkan semua idea dan pendapat di sini...

Boss : Ustaz Mahadi
Pembantu Boss : Anuar Ishak
Urusetia: Saya sendiri..

Yang berminat untuk sama-sama bangunkan laman ini, sila tampil.. mungkin kita boleh jadikan bahan eksperimen kita di sini.... Kongsi pengalaman, cetuskan pendapat dan sebarkan ilmu.

Ok saya berhenti dahulu, pasal saya dah pening dengan 'joomla' ni.. kah kah kah.. Madi dan Anuar akan siapkan modul joomla untuk semua sekolah nanti. Terengganu Terbilang..!!!! ha ha 

## tertinggal, ada yang tanya kenapa Ustaz Mahadi jadi boss. Saya jawab mudah aje, bila time makan dok dan kita nok bayor!! Bahan dia je.. Ada meh macam YB.

No comments:

Post a Comment