Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Tuesday, August 10, 2010

Malang tidak berbau

Saya pernah tulis artikel di di laman http://www.aizek.net/ dan seperti yang disebut sebelum ini, saya ingin mengumpul semula tulisan saya dalam blog Nota Tercicir. Ya untuk dikongsikan bersama kepada peminat blog.

Pernah terbabit dalam pertandingan 3K peringkat Kebangsaan beberapa tahun yang lalu membuatkan aku 'terlalu' banyak tahu makna K dalam ertikata pendidikan di sekolah. Apatah lagi bila pertandingan ini diperbesarkan dengan pertandingan 5K.

Benak ini tidak pernah lupa akan slogan-slogan untuk Kesalamatan, yang mana satu daripada elemen yang selalu diperkata dan memang menjadi keutamaan. Mahunya tidak aspek ini mesti dijaga bukan sahaja untuk kemenangan pertandingan tetapi juga untuk kesejahteraan diri, pelajar dan semua warga sekolah.

Beberapa hari lalu, selepas pembersihan di bahagian hadapan makmal... dulu aku memang serabut melihat pokok yang dah nak menjadi "mini hutan" di sebelah makmal tu.. rupanya pegetua berpendapat macam tu juga..

Tiang Seri "Sign Board Kementerian" yang tiba-tiba ada itu sudah mulai condong. Kenapa aku kata tiba-tiba ada. Malam tu aku dengan zam balik lewat... rasanya 11 malam. Zam bukan boleh boleh tinggal lama orang rumahnya, he he..

Pagi besok aku datang, tiba-tiba Tiang Seri "Word Class" ini sudah terpancang. Tanya cikgu Ghani.. cikgu Ghani pun tak tahu... itulah ceritanya.

Balik kepada hal tadi, aku tanya pengetua, pengetua juga komen mengenai tiang seri ini katanya "xx xx xxx xx" (sensor).

Satu pagi, aku gelak dan bercakap pada zam, nanti sapa-sapa parking di tepi sana, kena hempak Tiang Seri condong ini.

Oh oh... oleh kerana dah azam subuh, aku terpaksa tamatkan sektsa ini, di sini sahaja. Lihat gambar sudah mencukupi untuk anda semua menghabiskan ceritanya.

Kepada cikgu Ghani, Radzi, Zam & pekerja sekolah terima kasih kerana dalam keadaan hujan tolong 'ampungkan" tiang seri itu, bolehlah aku alih kereta antik kenangan manis ini untuk digunakannya beberapa tahun lagi...


Sebelum 'tiang seri' tumbang



Cikgu Radzi mengambil peluang 'madi hujan'



Tumbangnya satu "gergasi" ??? - Maknanya tiada kuasa yang akan mampu bertahan jika tiada sokongan kuat daripada yang bawah. Oleh itu hormatilah kumpulan sokongan.

No comments:

Post a Comment