Masa ini dia tak kenal aku lagi... |
Khamis, pukul 12.30 tengah hari anak perempuan aku, Nabihah (Darjah 6) telefon. Nombor terpapar adalah nombor sekolah, SR Islam Bersepadu Zainal Abidin. Dia beritahu Mursyid (adiknya Tahun 2) hilang ingatan akibat ditolak oleh rakannya di dalam kelas.
Aku cuba tenang, sambil berfikir kenapa? Semalam baru aku nasihatkannya dengan tegas supaya dia jangan bergaduh di sekolah. Kalau dia buat aku akan rotan kakinya sampai 'terkencing'.
Aku call Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Wan Syukur, maklumkan aku nak ke sekolah pasal anak jatuh di sekolah. Aku juga maklum aku ada kelas 1 IBS 1 pada pukul 1.00 tengah hari nanti dan rasanya tak sempat ke kelas.
Sampai ke sekolah, anak aku dah ada di pejabat sekolah, sebelah bilik guru besar. Anak aku tak kenal aku. Dia tak tahu namanya. Matanya kelihatan memandang ke atas. Aku ucap salam, "Assalamualaikum" dan terus hulur tangan. Dia jawab salam dan menyabut tangan aku.
Tangannya sejuk. Aku bawa dia keluar dan minta dia pakai kasut. Dia tak tahu kasutnya. Kakaknya ambilkan. Aku masukkan beg dan semua peralatannya ke dalam kereta.
Dalam kereta aku tanya lagi, kenal tak siapa ini. Dia tak kenal aku. Dia pun tak tahu nama dia dan semua perkara, di jawabnya tak tahu. Bahasa yang digunakan adalah bahasa baku.
Di Hospital
Sampai ke hospital, aku tanya dia, "dimana ni?" Dia masih menjawab tak tahu.
Aku masuk ke bahagian kecemasan, buat pendaftaran. Dia orang minta IC ibu. Aku ingat dan sebut. Dia tanya tarikh lahir, ini..aku kalah... Aku call emaknya. Minta tarikh lahir, emaknya terus jawab 11 Mac 2004. Aku kata ok terus matikan call ; sebenarnya aku masih tak nak beritahu isteri aku. (isteri aku ingat aku nak isi borang dan dia jangka aku akan call lagi nak tanya tarikh lahir anak lain -- selepas ku tanya kemudian)
Banyak soalan doktor tanya, aku tak boleh jawab pasal aku tak ada di tempat kejadian dan aku minta dia fokus kepada masalah semasa iaitu anak aku yang hilang ingatan.
Doktor kata, anak aku perlukan x-ray untuk lihat kecederaan luaran. Aku pasrah... Semasa pemeriksaan aku ambil fail yang ada tulisan besar UNIT KECEMASAN, aku minta anak aku baca. Dia boleh baca. Dalam hati aku baca boleh tapi tak ingat!
Aku call sekolah anak aku maklumkan, anak aku akan di x-ray dan sekarang berada di hospital. Dia orang minta aku maklumkan apa-apa perkembangan.
Aku call emaknya tanya keadaan. Isteri cakap dia ada kelas. Aku pun cakap Mursyid ada di wad kecermasan dan aku cakap dia boleh datang terus atau boleh datang selepas habis kelas. Aku hanya bercakap macam itu.... tergantung. Dari segi kaedah Islam aku tak menipu. Dari segi psikologi aku hanya meninggalkan telahan kepada isteri aku, mungkin dia mengganggap Mursyid terjatuh di sekolah dan luka!!
Bilik x-Ray
Sambil menunggu di bilik x-ray aku masih kabur tentang hilang ingatan ini. Aku tanya semua orang di hopital mereka tak boleh berikan jawapan yang tepat. Aku cuba jumpa En. Radzi, bahagian Patologi, dia orang beritahu En. Radzi masuk petang pukul 3.
Aku call sepupu aku Dr Zulkifli Abu Bakar di KL. Dia berikan penjelasan yang cukup baik berkenaan keadaan ini. Hati aku dah mula tenang (Kalau lihat muka aku memang orang tak boleh kesan aku gelisah sebab dalam keadaan macam ini pun aku boleh joke lagi.... tapi hati tak tenang, otak sentiasa berputar-putar memikirkan macam keadaan)
Bilik Rehat Hospital
Selepas x-ray, anak aku di bawa semula ke bilik kecemasan dan kebetulan isteri aku dah sampai dan dia memilih datang selepas kelas. Aku pun terangkan kejadian berlaku dan Mursyid hilang ingatan. Aku terangkan pula prosedur satu-satu persatu macam Dr Zul sepupu aku terangkan.... aku rasa doktor hospital Dungun pun respek kepada aku... he he dengan info aku itu.
Masih tak ingat...Dia bilik rehat dia lihat aku semacam aje... |
Ke Sekolah Semula
Aku terus ke sekolah, ambil barang dan solat. Aku jumpa dengan Cikgu Wan Syukur maklumkan sedikit sebanyak hal-hal berlaku dan minta nak ke hopsital.
Aku SR Islam Bersepadu Zainal Abidin ambil 3 orang lagi anak aku di sana. Sekolah itu pulang pukul 3.00 petang selepas makan dan solat. Dalam kereta aku tanya anak aku macam mana kejadian berlaku. Rupanya dia orang bergurau dan "main westling"... Aku tanya cikgu ada dalam kelas atau tidak? Dia beritahu masa itu pertukaran kelas.
Nabihah tanya aku, ummi tahu tak? Aku cakap ummi dah tahu dan sekarang ini dia menjaga Mursyid di Hospital. Aku baru nampak Nabihah anak aku matang, walaupun dia cukup rapat dengan umminya dia telefon aku tak beritahu pun ummi dia tentang kejadian ini. Dia juga tidak menyalahkan kawan Mursyid di sekolah apabila ramai orang salah menyalah bila kejadian seperti ini berlaku..... aku cuba ajar anak aku tentang takdir... dan redha dengan apa yang terjadi...
Tapi dia ada sedikit emosi bila ada kawan-kawan kata mursyid hilang akal atau bahasa kasar.. gila dan menganjing (mengejek).
sambung lagi...
- Mursyid pulih sepenuhnya pukul 4.00 petang..
- Aku mengurus Mursyid..
- Aku mengurus Mursyid..
- dll
salam..patutla trnampak cg kat hospital ari khamis....dalam kol satu kat patologi...tp tak sempat nk tegur cz nmpak cg mcm nak cepat...pe2 pn saya doakan ank cg sihat sejahtera
ReplyDelete