Semalam terbaca 20 sekolah sekitar Lembah Klang bekerjasama dengan syarikat ABRA Corp melaksanakan sistem "Cip Kawal Ponteng Sekolah". Zaman IT sekarang telah merubah banyak perkara dalam disiplin tapi status disiplin makin hari makin 'teruk'.
Kad Schooltrac mengandungi cip dan disambungkan serta dipantau terus ke pusat data sekolah untuk memaklumkan guru dan penjaga mengenai status kehadiran pelajar menerusi emel atau SMS. Sistem ini, menggunakan frekuensi radio yang mampu mengesan pergerakan keluar masuk murid melalui pagar sekolah ketika waktu persekolahan.
Kad Schooltrac mengandungi cip dan disambungkan serta dipantau terus ke pusat data sekolah untuk memaklumkan guru dan penjaga mengenai status kehadiran pelajar menerusi emel atau SMS. Sistem ini, menggunakan frekuensi radio yang mampu mengesan pergerakan keluar masuk murid melalui pagar sekolah ketika waktu persekolahan.
Ibu bapa hanya perlu membayar yuran bulanan RM10 bagi mendapatkan perkhidmatan itu di sekolah yang melanggan aplikasi berkenaan.
Ada beberapa perkara yang aku lihat di sini perlu penjelasan yang ketara iaitu,
1. Adakah semua pintu pagar sekolah kena pasang pengesan frekuensi radio? Jika tidak bagaimana pelajar yang lompat pagar?
2. Bagaimana pula pelajar yang ponteng dan meninggalkan kad pelajarnya kepada rakan-rakan tidak ponteng yang akan menunjukkan bahawa dia keluar mengikut waktu yang sebenar?
3. Bagaimana dengan pelajar yang kehilangan, terlupa bawa atau rosak kad tersebut?
4. Bagaimana jika sistem kawalan frekuensi tidak beroperasi dengan betul?
5. Adakah semua pelajar perlu di kawal pontengnya?
Dan banyak lagi kalau aku nak tanya kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku untuk mendapatkan satu sistem yang benar-benar efisyen dalam mengawal ponteng sekolah. Jangan sampai sistem ini hanya sekadar mendapat keuntungan semata-mata atau nampak macam canggih.... tapi tidak memberikan hasil yang benar-benar baik.
Sebelum ini sistem SMS Sekolah pun mengalami nasib yang sama. Tidak pratikal.
Dulu aku hanya menggunakan "buku 555" yang aku beli di kedai sahaja untuk mengawal poteng. Aku buat kajian tentang ponteng menggunakan kamahiran dalam penglibatan aku dengan Pasukan Kajian Dungun dan juga Negeri Terengganu pada masa itu.
Daripada kajian, aku dapati tak sampai pun 10% yang benar-benar 'kaki ponteng'. Yang lain di kategorikan ponteng semasa iaitu ponteng bila tak siap kerja guru atau kes-kes terpencil di sebabkan dimarahi guru, benci guru dan gangguan seksual oleh rakan sekelas (yang ini nanti kalau ada masa aku tulis khas)
.
Mereka yang kaki ponteng ini aku berikan buku kun 555 seorang satu. Dia mesti dapatkan tanda tangan salah satu daripada 5 atau 6 orang guru terpilih (semuanya dari kalangan guru disiplin atau pentadbir sekolah) semasa datang dan pulang ke sekolah.
Seminggu atau dua minggu aku akan semak 'check kun'. Kalau dok cukup kun cari nahaslah!!. Jika satu tandatangan tak cukup, satu rotan akan dikenakan. Bayangkan kalau dia orang tak ambil tandatangan berapa banyak rotan dia akan dapat?
Bila pelajar dapat buku kun 555 dia secara psikologinya akan mengawal dirinya untuk hadir awal bagi mendapatkan tandatangan salah seorang guru-guru terpilih. Begitu juga waktu pulang dia juga dimestikan mendapatkan tandatangan.
Adakah mereka tidak ponteng?
Buku Harian Disiplin aku tahun 1997 |
Tidak juga. Yang jenis degil akan ponteng juga, tapi taklah ketara sebab bila dia orang ada di luar kawasan sekolah bersama buku 555 itu secara psikonya telah 'mengacau' ketenteraman jiwanya... "Macam mana nak berhadapan dengan cikgu Zul nanti bila dia semak kun?"
Bagi aku pula, aku tak payah sakit kepala mencari mereka ini... dan aku secara tak langsung boleh menggunakan buku 555 itu sebagai pengganti diri aku untuk memberikan 'bayangan maut' seorang ketua guru disiplin.
Kan mudah dan jimat belanja!!!
No comments:
Post a Comment