Wah mak datok, jem sakang! Dalam mencari formula baru aku terfikir rupa-rupanya jika 'jem' adalah lebih baik masuk lorong kiri daripada kanan. Lorong kiri lebih cepat (memang sah aku dah uji)
Berhenti di perhentian Sg. Perak isi minyak dan tukar 'driver' pasal isteri asyik komplain aje "mengatuk bang" "mengatuk bang"... Kalau disebut "mengatuk sayang" rasa lebih baik dan pasti yang mengatuk pun tak jadi mengantuk... faham tak?
Aku pun tidur ajelah.. dah 3 hari memandu, sehari tak tidur memang letih. Terfikirkan bahaya aku berikan kepercayaan kepada isteri aku yang memang sah dulu masa bujang belum kahwin dengan aku memang 'kaki lari' juga.
Aku pun tidur ajelah.. dah 3 hari memandu, sehari tak tidur memang letih. Terfikirkan bahaya aku berikan kepercayaan kepada isteri aku yang memang sah dulu masa bujang belum kahwin dengan aku memang 'kaki lari' juga.
Terkenang juga masa dulu, aku kejar kereta Iswara Putih, TV 2111 dengan motor SS TR 5850 aku 130 km/j baru aku boleh potong. Hampir rapat minyak aku pulas.. baru aku boleh pintas kereta anak dara yang tinggal di Merchang ini.
Terlelat, aku dikejutkan oleh isteri apabila sampai di hentian Tapah. Aku sepatutnya telefon member lama semasa mengajar di Kapit untuk menziarahinya. Aku terus call. Nasib baik dia ada. Aku dah terlepas Exit Tapah. Aku dicadangkan keluar Exit Bidor/Teluk intan. Aku sebenarnya sengaja telefon lewat kerana tak nak menyusahkannya untuk bersiap.
Semasa aku dalam "khoyal" rupanya isteri aku dah berjanji dengan anak saudaranya di Subang untuk tidur di sana. Kami dijangkan akan sampai sekitar pukul 10.00 malam di Subang.
Aku suruh isteri call anak saudara untuk memberitahu bahawa kami akan lewat sampai kerana nak singgah sekejap di Teluk Intan. Aku mula ambil alih pemanduan.
Bayar tol baru aku tahu Teluk Intan 40 km lagi. Mampus.. bila agaknya sampai KL sekarang dah pukul 9.00 malam.
Pendek cerita jumpalah sahabat lama. Masih tak berubah macam 'perangai dulu-dulu' lagi. Kami disajikan dengan makan dan dia orang dah siap tempat tidur untuk kami diminta bermalam di sana. Rumah buatannya sendiri yang aku kira cukup besar 5 bilik dengan 14' x 14' setiap bilik. Tinggi siling pun 13.3' kerana nak mudah besi kerat 3. Buat sendiri... tak kisah bukan ikut pelan pun katanya selamba.
Anaknya 5 orang masih besar semuanya. Pasal masa kami di Kapit, Sarawak aku bujang dia dah ada anak 2 di sana.
Tapi malangnya aku terlupa ambil kemera dan nak balik baru terperansang kamera ada dekat handbreak. Bergambar juga untuk kenangan walaupun dalam gelap.
Aku memang nak lama di rumahnya, nak bincang pasal banyak perkara. Kami dulu selalu tidur lewat jika buat kerja berkaitan dengan komputer di rumahnya. Aku pun tak tahu tahap komputernya sekarang. Dulu dia suka muzik, tapi aku tak nampak 'speaker besar' macam dulu. TV besar tu adalah!
Aku nak beritahu juga, kalau nak download filem terkini aku adalah aganya adalah 'tops 10' kaki download. Sebab aku nampak macam minat dengan 'movie' di Astro. Hampir 2000 filem koleksi aku dah ada... antara rekod aku walaupun tak serius 14 filem sehari aku boleh download. Semuanya BDRip atau DVDRip, wayang dan cam kita orang tak mainlah!
Aku rasa pasal tu memang aku dan Dzulkifly pasti serasi...
No comments:
Post a Comment