Saya mengelilingi pekan Kuala Kangsar kerana nak mencari tempat rehat, sudah pukul 5.00 petang agak keletihan memandu. Terjumpa Izi Hotel, tapi malangnya dah penuh. Terasa juga pelik, dalam tak ada orangpun hotel boleh penuh. Mungkin hotel baru kot!!
Mula rasa gelisah, pasal kalau tak ada hotel macam mana nak tidur dengan 5 orang anak yang masih "buas". Saya buat keputusan cari hotel di dalam pekan. Ada satu bilik kosong yang paling mahal di hotel berkenaan. Nak tak nak terima ajelah, Hotel Kuala Kangsar, dekat dengan The Store dan pasar.
Selepas solat jamak saya bawa dua anak lelaki untuk mencari di mana Ulu Kenas, mudah untuk malam nanti saya ke sana dengan keluarga. Isteri saya minta izin ke The Store.
Saya balik Maghrib ke hotel. Sepanjang di Ulu Kenas, isteri tak taliponpun.. lain daripada kebiasannya. Hairan juga.. rupa bila saya sampai ke hotel, dia orang pun baru sekejap balik shopping. Dalam hati aku baru dua hari lepas shopping di SOGO, KL. Shopping lagi... mengalahkan Rosmah, isteri Najib!
Pendek cerita, esok check out, terus nak ke Ulu Kenas, potong lampu merah di selekoh terus aje di tahan polis trafik. Isteri saya nampak macam penik. Saya releks aje.
Polis Trafik minta lesen memandu dan beberapa kali ulang "Encik tahu apa kesalahan encik buat". Saya selamba aje jawab "tahu, terima kasih saya tahu saya salah". Tak ada terlintas nak minta tidak disaman. Pasal saya dah ada beberapa waran tangkap kesalahan trafik ini semenjak anak pertama lagi sehingga kepada anak kelima. Memang kaki buat salah...

Tak banyak cakap polis tu lepas saya. Relekslah aku. Mungkin dia tahu saya baru first time datang ke sini dengan lesen alamat Terengganu dan plate kereta QP14.
17 Ogos & 5 Sept |
Pendek-pendek lagi cerita semasa saya isi minyak di hentian Tapah, terperasan ada sesuatu telekat di whiper. Bila diambil, rupanya "Kupon Letak Kereta Perbadaran Kuala Kangsar". Aku tergelak dan akan simpan buat kenangan...
Tapi bila ke Kuala Kangsar lagi, awasi nanti kereta ini dirantai oleh geng MPKK!
Tapi bila ke Kuala Kangsar lagi, awasi nanti kereta ini dirantai oleh geng MPKK!
"..mengalahkan rosmah.." kah kah kah
ReplyDelete