Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Monday, February 21, 2011

Minyak Ron 97

Dua bulan lebih aku tak menulis, macam ada suatu yang tak kena aje. Sibuk memanjang. Banyak isu boleh dikongsikan bersama tapi sudah terlepas.

Selepas kereta Iswara aku totaly loss aku macam 'patah kaki' sedikit. Motor buruk HandaCup aku yang telah ditinggalkan begitu lama kini jadi 'teman' semula.

Aku memang 'bengang' sikit dengan motor tu pasal tiap kali aku pakai mesti tayar pancit. Malas nak heret, aku tonggang juga, akibatnya aku terpaksa habiskan RM10 untuk tiub baru. Kata orang tak balik modal macam ni!

Terakhir aku minta 'pomeng akjus' macam mana kasi jangan pancit lagi. Al Hamdulillah nampak macam berhasil dah tak meragam lagi.


Semalam aku isi minyak di Caltex. Aku suka isi di Caltex bukan apa tak payah isi sendiri, macam dulu-dulu. Lagi pun yang isi tu sebahagian besar bekas anak murid aku semasa di SMKSO. Siap aku perli diorang lagi, dulu malas belajar.. Dia memang tension tengok muka aku!!

"Isi minyak 97" kata aku. Terkejut dia orang pakai motor buruk pun isi minyak mahal.

Dalam raga ada 3 item, hd poket, kamera dan tie

Mahal tapi lebih jimat, lagi pun motor tu bukan buat 'race'.

Isu mana lebih menjimatkan antara minyak Ron 95 atau Ron 97, telah menjadi perbahasan yang hebat di forum-forum internet.

Aku pula sejak keluar dua jenis kategori minyak ini, aku dah "cuba try test" dan berpendapat lebih baik guna Ron 97. Itu pendapat aku. Rasanya bergantung juga kepada jenis kenderaan dan cara atau jauh perjalanan.

Aku pernah minta cikgu Maza test pada kereta dia. Semasa dia ke Dungun dia ada test nampak macam dia setuju dengan pendapat aku tapi malangnya esokkan minyak 97 naik lagi. Rasanya dengan jarak harga 60 sen seliter membuatkan pendapat aku makin tak boleh diguna pakai. "Celaka k*******, memang nok kerkoh pitih" itu kata-kata aku secara sepontan.

Ada joke mengenai kenaikan harga minyak. Seorang pak cik tua bila ditanya berkenaan dengan kenaikan harga minyak. Dia selamba menjawab "Naik macam mana pun harga minyak, pak cik tak kisah, pak cik hanya isi RM5 sahaja untuk motor pak cik"

"Pak cik rasa, pakcik setuju kalau kerajaan nak naik sampai RM5 pun, pak cik tak akan belanja lebih, pak cik hanya isi RM5 sahaja"
tambah orang tua itu.

Kalau harga minyak RM30 seliter pun aku rasa pak cik tak kisah, pasal dia isi hanya RM5 sahaja. Bujet dia tak akan lari... Aku tegelak!  Lagi aku tergelak bila fikirkan minyak RM30 seliter pak cik tua tu tak sampai-sampai kerumah kerana asyik berulang ke steysen minyak untuk isi minyak. RM5 sahaja kan!

Inilah metaliti yang masih ada pada diri masyarakat kita.. "tak kisah"



1 comment: