TV3 pun tak dapat siaran. Kedai sewa tape video pada masa itu menjadikan cerita di TV3 sebagai rakaman jualan.. macam sekarang kita download cerita P. Ramlee nampak logo Astro.
Kapit ialah Bahagian ke-7, Bahagian yang paling pendalaman yang majoriti masyarakat adalah berbangsa Iban. Aku agak nasib baik kerana mengajar di sekolah menengah yang sudah pasti di pekan Kapit. SMK Kapit. K itu bukan kebangsaan tapi kerajaan, Sekolah Menengah Kerajaan Kapit, Kapit, Sarawak.
Berbalik pasal mesin basuh. Aku beli mesin basuh pasal 11 tahun aku membasuh sendiri. Macam-macam pengalaman bab membasuh ni kalau nak diceritakan di sini. Pakaian terendam seminggu, boleh buat tuba ikan tu biasalah!!
20 tahun selepas aku beli mesin basuh pertama aku beli pula mesin pengering (dryer) hadiah harijadi isteri aku. Aku membeli ini kerana sedih juga mendengar rintihan isteri apabila tak sempat nak jemur pakaian atau pakaian yang dijemur terkena hujan.
Silap haribulan anak-anak jadi masa leteran kerana tak peka dengan hujan! (Suami tak kena leteran -- isteri solehah he)
Selepas ada mesin dryer aku terdengar kata-kata isteri aku "kalau tahu ada mesin seperti ini, dah lama Ani beli"
Aku hanya tergelak sebelum ini dia cuti setahun, selepas cuti, dia masuk kerja semula, gaji lewat dapat ini aku dah tulis di sini.
Bila dapat gaji pertama selepas kerja semula, gaji itu untuk 3 bulan. Bayangkan gaji 3 bulan dia hanya 'mengemoh' benda lain... tak pernah terlintas mesin seperti dryer ini...

Lepas ini beli mesin basuh pinggan, lap meja, lap lantai dan serba guna hanya RM22.50.. Terus peha aku dicubit!
cubit peha kanan peha kiri terasa jua..
ReplyDeleteCubit tak apa..
ReplyDeleteJangan "kutil"
kalau tak naung sakang!