Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Saturday, September 3, 2011

Air tempayan sahaja membesarkan aku

Tempayan mulut besar tak sesuai buat jeruk pianang, susah nak tutup
Dulu masa aku kecil, rumah aku ada beberapa tempayan. Satu tempayan untuk isi air bersih yang diambil daripada telaga. Kalau emak aku suruh ambil air daripada telaga, emak aku selalu berpesan jangan tercelup tangan dalam air ini. Air tempayan ini digunakan untuk basuh pinggan mangkuk, masak nasi dan dijeram untuk buat air minuman.

Masa tengah malam kalau tak ada 'air mati' (air masak), aku togok (minum) air tempayan ini sahaja dengan dayung. Rasanya juga ada dipengaruhi oleh dayung, samada tempurung, plastik atau tin (besi). Wah susah dah nak dapatkan nikmat air payau-payau dengan rasa plastik atau besi!



Dayung tempurung kelapa
Satu lagi tempayan letakkan dihadapan tangga rumah aku. Yang ini untuk basuh kaki bila nak naik rumah. Masa dulu jarang pakai selipar, banyak berkaki ayam sahaja. Tempayan yang akhir ini spesial untuk keluarga kami sahaja, iaitu tempayan untuk jeruk buah pinang.

Tempayan ini biasanya ada di sebelah reban ayam, jauh daripada rumah. Wah kalau buka baunya semacam aje. Siap dengan 'ogak-ogak' sekali (ogak-ogak = jentik-jentik). Ayah aku ini di dikira ketagih sireh, kalau tak ada buah pinang, sudah pasti kami dimarahnya. Satu projek samping adik beradik kami ialah mencari buah pinang dan pastikan jeruk buah pinang tak memutus.

Air minaral tak pernah hayat masa tu kami kenal. Tak macam sekarang kononnya kena minum air bersih untuk sihat. Abang-abang aku dan aku sekali masih elok sampai sekarang pun hasil minum air telaga. Kami tak masak pun, terutama kalau dahaga bila balik daripada bermain.

Emak aku marah sangat kalau 'lempik' timba bawah gini
Air lompok di atas rumput pun kami pernah minum semasa mencari buah getah di bukit. (Buah getah untuk buat berlaga -- paling hebat masa tu buah getah 'dada bulat' dengan buah getah 'bembang'). Masa saya di Sejangkang Selangor, kita orang mandi air parit sahaja. Malah ada buat minum air tersebut yang penuh dengan kiambang dan ikan. Tak pula ada dengar terkena sakit kulit atau gatal-gatal.

Aku pernah mandi di Sejangkang Selangor. Tapi aku turun ke dalam.
Sekarang anak-anak aku nak ke sekolah bawa air mineral dalam botol. Kalau letak air masak pun dia tak nak. Aku pun sebenarnya beli air mineral bukan kerana terpangaruhi dengan tukang kempen kononnya kebaikan minuman air, tapi memang aku tahu kebaikan air itu sendiri.

Beza air minuman dan air mineral sebenarnya pada tudung botol, jika warna putih adalah air minuman, maknanya air itu adalah air daripada paip bekalan jabatan air yang dirawat, tak kiralah apa yang disebut osmasis tebalik, ke atau tertonggeng! pokoknya itu adalah air paip.

Manakalah tudung berwarna (biru atau hijau ke) adalah air mineral iaitu air yang datang daripada sumber dalam tanah yang mengadungi lebihan bahan meneral di dalam baik untuk kesihatan.


Kena tahu perbezaan antara air mineral, air minuman, osmosis berbalik (RO) dan air suling?  Nanti kalau saya rajin saya sambung lagi pasal perkara ini.



1 comment:

  1. Salam.. tumpang tnya.. tempayan basuh kaki ni ad lagi x kat rumah cik? Harap dapat bantu.. sya nk wat ubat.. terima kasih

    ReplyDelete