Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, September 1, 2011

Adobe InDesign CS5

Semasa menyiapkan kad Raya untuk pengurusan sekolah, aku menggunakan gabungan Photoshop & CorelDraw dan aku masih mengganggap CorelDraw adalah terbaeek!! Bila di kedai priting mereka lebih banyak menggunakan Adobe, apatah lagi beberapa orang pelajar pratikal dari U di kedai priting tersebut juga menggunakan Adobe terutamanya Photoshop, Illustrator dan InDesign.

Semasa bersembang mereka, kata mereka InDesign agak bagus. Aku tak banyak komen. Aku lebih suka mengambil sikap mendiamkan diri. Tapi daripada komen perbandingan mereka antara CorelDraw dengan Photoshop sudah cukup membuat aku tahu tahap pengetahuan budak-budak U ini.

CorelDraw adalah vektor grafik manakala Photoshop adalah bitmap, sepatutnya CorelDraw dibandingkan dengan Adobe Illistrator manakala CorelPhoto Paint dibanding dengan Adobe Photoshop. Aku tak salah mereka, pasal kalau kita search di internet pun kita akan dapati perbandingan yang salah ini juga berlaku di luar nagara sehingga kadang kala aku nak tergelak melihat dalam forum perbahasan yang tak betul.

Ya tak betul, misalnya ayam dibandingkan dengan itik, sepatut ayam kampung dibandingkan dengan ayam hutan atau itik sekati dibandingkan dengan itik air. Seorang kata ayam bagus pasal ada taji seorang kata itik bagus pasal ada kaki boleh berenang... kah kah kah, sampai kiamat tak ada penyelesaian!!

Ok kita ketepikan soal CorelDraw ini, fokus kepada Adobe InDesign.

Aku bila, mereka kata bagus nak juga mencuba secara serius. Ya kita kena buktikan sendiri barulah benar perbandingan itu. Sebelum ini ada lihat tapi sepintas lalu aje.


Bila aku melihat video profesional tentang penggunaan InDesign aka rasa semacam PageMaker aje.. Bila aku tanya Mr. Google jawapannya ya. Zaman-zaman dulu aku pernah guna Aldus PageMaker tapi kemudian aku bertukar kepada CorelDraw.

Aldus PageMaker telah dikeluarkan pada tahun 1985 dan pernah menang award Best New Use of a Computer dan banyak digunakan di syarikat percetakan menggunakan Macintosh. Tahun 1987-88 aku pernah guna di UTM dan Macintosh ini hanya ada di bilik TNC HEP sahaja. Mahal oii harganya.

Aku balik daripada Sarawak 1994 syarikat Adobe telah membeli Aldus dan PageMaker dan versi terakhirnya ialah Adobe PageMaker 7.0 yang dikeluarkan pada tahun 2001.


Aku tak tahu sebab utama Adobe menghentikan PageMaker, tapi setakat aku guna kelemahannya ialah tak boleh buat grafik dan lebih kepada desktop publishing sahaja. itu pasal aku bertukar kepada CorelDraw. Masa tu terpaksa menggunakan Aldus Image Styler yang mana ditukar kepada Adobe Image Ready.

Adobe ada satu lagi software yang dipanggil InDesign. Pada Adobe InDesign 2.0 telah diupgradekan daripada Adobe PageMaker 7.0 ini.

Sekarang InDesign CS5.5 (versi 7) adalah urutan daripada PageMaker. Saya baru download sofware terkini InDesign full versi lebih kurang 684.36MB dan Portable hanya 170MB sahaja.

No comments:

Post a Comment