Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, September 8, 2011

Kotak sahaja cantik tapi isi tak ada...


Hari ini sekolah aku membuat majlis menyembut Hari Raya Aidil Fitri 2011. Semua guru dan pelajar pakai baju raya. Aku pun hari ini rasa macam nak berkahwin aje.. dengan samping dan songkok.

Biasa pagi-pagi kami ke kantin. Kantin macam biasa tiada perubahan, kurang persediaan dan bila ditanya macam-macam alasan. Hanya mee hoon menjadi alas perut. Nasib baik ada juga mee kalau tak makan 'sekut' (biskut) ajelah pagi ini.

Bukan sahaja makanan tak ada, tisu pun tak ada. Semuanya meja hanya tinggal kotak sahaja. Dalam hati aku terlintas "kotak sahaja cantik tapi tak ada isi.."
Buat apa kotak sahaja cantik tapi tisunya tak diisi. Aku bayangkan sikap manusia sekarang ini ramai yang berpakaian cantik tapi budi perketi tak ada. Orang sekarang lebih mementingkan luaran sahaja. Anak-anak didik dengan barangan mewah dan cantik tapi isi dalaman anak-anak tidak disuburkan dengan ilmu dan takwa.



Cikgu Jasli tunjuk rajin dan membuatkan kami jelous...
Kemaskini blog Notatercicir...

Jangan hairan kita golongan guru akan menjadi mangsa menjaga dan mendidik manusia yang "kosong isinya"!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails