Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Tuesday, September 20, 2011

Pendrive & Harddisk Cina banyak yang palsu...

Hari ini aku keseorangan di bilik 104 setelah 'geng kik Dungun' dah balik. Tak tahu tak buat apa, kurang sihat pula tu akibat aircond 22 darjah celcius sehingga subuh tadi.. Apatah lagi semalam ada sedikit hujan menyebabkan aku dengan Zam dah hampir jadi 'dingin beku'. Zam pagi tadi masih cergas pasal pembungkusannya dengan selimut sempurna (macam mayat... pasal kepala pun terbungkus sama).. aku pula terlentang tanpa selimut..

Oleh kerana tak tahu nak buat apa, aku buka "Dropbox" untuk melihat tugas-tugas KIK Negeri Terengganu, tapi mood kerja sudah mencapai tahap minumum.. aku sekadar lihat aje..

Buka emel, ada yang tanya pasal pendrive Cina. Baru-baru ini pun ramai yang bertanya aku pasal pendrive Cina. Aku sebenarnya dah tulis perkara ini (klik di sini) dan aku memang tak galakkan untuk dibeli barang-barang 'tipu-tipuan'.

Penipuan pertama ialah pendrive yang saiz terlalu besar misalnya 256GB, 500GB dan terbaru 1000GB (1 tera). Ini aku dah tulis  dan aku malas nak ulas lebih lanjut lagi... engkau baca artikel lama aku.


Penipuan kedua pendrive sebenarnya menggunakan microSD binaan dalamannya. Cara pembinaannya cukup menarik. Konsepnya sahaja berbeza. Rasanya gambar di bawah cukup untuk pembaca memahami cara kerjanya.




Hanya cip microSD disambung dengan pemacu USB 
Pelbagai jenama
Penipuan ketiga kapasiti pendrive dibesarkan. Pendrive yang ori 1GB atau 2GB dibesarkan kepada 8, 16 atau 32GB.

Baru-baru anak murid aku minta copy video hari guru. Dia bagi aku pendrive 32GB. Aku macam teruja juga pelajar tingkatan 1 ada pendrive 32GB.... aku hanya ada 16GB kapasiti besar sekali. Bila aku transfer data, aku dah rasa pendrive ini bukan ori.

Untuk mengetahui ori atau tidak lihat label pada hujung USB pendrive tersebut.


Lihat label laser pada hujung USB

Anda juga boleh semak pada laman kingston untuk mengetahui pendrive anda ori atau tidak. Lihat lebel di belakang pembalut pendrive kingston dan masukkan item seperti rajah di bawah pada link berikut http://www.kingston.com/asia/verifyflash 

Jika anda dah terbeli pendrive yang telah dibesarkan kapisitinya. Misalnya daripada 2GB dijadikan 8GB, bagaimana anda nak kembalikan kepada asal iaitu 2GB supaya pendrive itu tidak mengalami masalah untuk digunakan? Saya mendapat maklumat daripada pencarian adalah seperti berikut:-

Anda boleh test dengan solfware H2testw 1.4  untuk mengetahui kebenaran pendrive tersebut. Jika ada kesilapan anda boleh lihat pada paparan seperti di bawah.


Anda juga boleh dapatkan solfware Chip Genius V3.01.0613 untuk mengesan cip itu ori atau tidak.


Selepas restart pendrive (cabut dan cucuk semula) anda boleh semak kapasiti baru.


Paparan kepada ori akan terhasil dan pendrive boleh diguna dengan baik tapi 'tak senang hati' pasal beli mahal dapat yang kapasiti kecil!!!

Selain pendrive, Cina juga mengeluarkan harddisk poket palsu. Harddisk 500GB hanyalah menggunakan pendrive yang telah dipalsukan kapasitinya seperti yang saya terangkan di atas. Sila lihat bagaimana kreatifnya penipuan dibuat.


Bagaimana sambungan dibuat kepada pendrive dalam binaan dalam.
Walaupun saya banyak memberikan tumpuan kepada jenama kingston tetapi pembaca juga harus mengambil perhatian kepada jenama-jenama lain seperti Transend, Kingmax, Scandisk, Apache dll.







0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails