Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, September 15, 2011

Soalan UPSR bocor?

Masej soalan sains UPSR bocor.. betul atau tidak wallahualam!
Semalam aku dapat masej berkenaan soalan UPSR bocor. Aku tak reply pun. Malah aku tak ambil peduli berkenaan soalan bocor ini walaupun anak sulong aku sedang mengambil peperiksaan UPSR tahun ini.

Bagi aku semua ini adalah tak betul dari segi undang-undang, malah paling penting agama kita sendri tidak membenarkannya. Kita tak boleh didik anak kita dengan suatu didikkan yang salah. Anak ibarat rebung yang perlukan suatu asuhan yang "murni". Jangan kita rosakkan permulaannya dengan suatu yang tak baik atau pun haram... makan minumnya, sumber pendapat dan malah segala-galanya hendaklah diasaskan dengan perkara yang baik dan dijauhkan daripada yang haram.

Aku dulu masa belajar, ada pensyarah yang begitu baik dengan aku nak bagi aku kertas peperiksaan akhir Fotran (subjek komputer), aku sekadar jawab jika saya nak saya akan datang... tapi aku tak pun pergi ambil.

Di U ramai yang meniru tapi aku tak pernah meniru... aku nak hasil pendapatan aku makan 'tidak akan dipersoalkan' oleh Allah di akhirat nanti.

Meniru itu bukan semuanya tak baik. Kita diajar meniru bagaimana perilaku Rasulullah s.a.w. Hadis itu adalah asas untuk kita tiru peribadi yang baik dripada perilaku Rasulullah s.a.w Kita juga di suruh meniru kehidupan orang-orang yang alim. Malah Jepun pun berjaya kerana meniru teknologi barat.

Aku juga hairan, dengan sesetengah ibu bapa yang begitu ta'asud dengan peperiksaan UPSR. Anak-anak dimomok dengan pelbagai program seoalah-olah UPSR suatu yang cukup penting kalau gagal macam gagal selama-lamanya.

Ini rumah yang aku tinggal daripada umur 3
sehingga 18 tahun. Rumah ini masih ada
sampai sekarang...
Masa aku mengambil Peperiksaan Darjah 5 (masa tu mana ada UPSR) mak bapak aku tak endah aje. Aku nak baca pun dia orang suruh tutup lampu... katanya membazir elektrik sedangkan rumah aku masa itu hanya ada 3 butir aje lampu.. Bulb 40 Watt pulak tu... nak pakai 60 Watt nanti 'parak lektrik' katanya..

Tak ada sediakan susu untuk segarkan badan... aku masih ingat lagi bila dahaga aku 'togok' air di dalam tempayan aje.. (baca di sini). 

Pelajar Cemerlang SKPD 1978

Aku dapat 4A 1D (jangan tanya D tu subjek apa?) antara 7 orang pelajar yang terbaik di Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun pada masa itu.

Semua pelajar SKPD darjah 6 1978
Kalau mengikut logiknya.. 7 cemerlang, mananya hampir 200 yang lain tidak cemerlang. Betul ke?? Tapi jika kita teliti daripada gambar di atas ini saya boleh katakan ada yang telah  menjadi usahawan berjaya dengan permodalan hampir jutaan ringgit...

Soal kerjayaan bukan semata-mata berasaskan kepada peperiksaan..walaupun tak dinafikan peperiksaan itu satu daripada cara terbaik untuk mencapai kerjayaan. Kerjayaan sebenar ialah bagaimana kita boleh taat dengan perintah Allah dalam apa-apa keadaan situasi sekalipun...



3 comments:

  1. bangga pernah kenal walaupun cikgu wpun cm guru disiplin ms sy head girl 1999..sy nk ank2 sy berjaya mcm cikgu sbb hidup sy dl pun mcm cikgu...susah sgt!!

    ReplyDelete
  2. saya masa tu macam tak mesra pelajar.. mungkin cg Ghanami lebih mesra... pasal di rapat dengan pengawas.

    tpi sya dlm kelas cukup close dengan plajar

    ReplyDelete
  3. Salam, saya mengenali Cikgu Zul dipertengahan Cikgu Zul mengharungi segala pengalaman.

    Bagi saya Cikgu Zul seorang yang telah berjaya walaupun cikgu zul pernanh menyebut rakan-rakan yang berjaya tu...

    Dalam diri cikgu zul itu agak "penuh dan Berisi" yang saya yakin di antar yang bernilai yang tidak boleh dibanding dengan kekayaan dan kerjaya.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails