Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, September 1, 2011

Solat Aidil Fitri boleh ke buat sendiri?

Datang lewat, tangga masjid jawabnya..
Tahun ini aku beraya di Merchang rumah keluarga isteri. Nampaknya tahun akan mendatang aku mungkin beraya di sana, pasal ayah dan ibu aku sudah tak ada. Bukan isteri aku beriya-iya nak beraya di sana, tapi anak-anak aku begitu teruja untuk ke sana. Rasanya pasal di sana ramai keluarga balik dan berkumpul di situ dan bagi budak-budak walaupun kita kata tak berakal tapi dia orang dah nampak "lubuk duit raya".




Aku ni sebut pasal solat raya, tak lah serius sangat. Memang faham solat aidil fitri ini adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut), setahun sekali pula tu.

Solat Aidil Fitri boleh dilakukan bersendirian atau berjamaah (tidak semestnya d masjid, di padang atau mana-mana tempat lapang). Ibnu `Abbas bekata bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada Aidil fitri kemudian solat dua rakaat dan tidak solat sebelumnya dan tidak pula sesudahnya.
(hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 989).

Tapi di tempat kita orang solat di masjid, jadi kenalah solat "Tahiyat al-Masjid". Satu lagi hadis daripada Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anh:  Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan solat `Ied tanpa azan dan tanpa iqamah.(Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Daud, Kitab al-Sholah, hadis no: 968)

Tapi jangan pula kita nak buat "x", kata orang sekarang buat tak betul. Tambahan pad solat aidil fitri yang kita lihat sekarang dilakukan dalam masyarakat kita adalah untuk kebaikan telah disepakati oleh ulama terkemudian.


Jadi jika kita terlewat atau telepas nak solat berjamaah solat adil fitri ini buatlah secara sendiri sebelum zohor. Atau kadang kala kita terlewat ke masjid orang dah solat kita boleh buat kemudian. Sama juga kalau ada masjid atau surau kecil tak muat, jangan dok 'terok' sampai terkepit. Tunggu aje orang sudah solat kita buatlah secara sendirian itu lebih baik daripada berebut-berebut hingga tak khuyu'.

Pasal itu sunat Aidil Fitri ini di sunat lewat untuk memberikan masa bagi orang ramai yang belum bayar fitrah boleh melakukannya di samping memberi peluang mereka yang lewat tidur pasal buat 'kueh' atau masih lagi 'menjahit baju atau langsir' bersama untuk ke masjid. (ini aku punya pendapat).

Tahun ini tema BIRU sepatunya KUNING... dah tukar ke??
Janganlah kita duduk lepak di tepi masjid atau surau dengan alasan tak muat. Nampa sangat kita ni jahil tentang agama. Satu aje aku nak pesan, kalau buat sendiri jangan pula engkau orang baca khutbah pula sendiri.. nanti orang kata orang gila mana pula tu...

No comments:

Post a Comment