Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Wednesday, August 31, 2011

Zakat Fitrah & Amil Zakat

Pembantu Amil, Sdr Md Zaid orang panggil Mat Zaid Dr
pasal dia boleh sunat.. bagus sunat dengan dia ni..
Biasanya tiap-tiap tahun aku bayar zakat fitrah, lewat sampai pagi raya. Sunatkan sebelum solat raya. Tapi aku jenis 'last minute'. Tahun lepas bayar pukul 3.00 pagi di kedai roti canai di Jalan Baru. Chok (Mohd Yusof) amil kawasan Bukit Catak dan kebetulan Ustaz Sufian (amil juga) kebetulan ada.




Gantang beras dan kena beza dengan gantang Bagdab..
Masa dulu, masa aku belum kahwin aku bayar zakat menggunakan beras. Aku antara beberapa orang tua yang masih membayar zakat dengan menggunakkah beras. Ini betul-betul ikut mazhab Shafie. Lelah sikit bayar dengan beras pasal pertama kena sukat beras betul-betul, selepas itu kena pilih 'antah' dan menapis membuang habuk dan kotaran jika ada termasuk beras hancur. Semuanya menggunakan 'badang'. Orang zaman sekarang 'badang' pun tak kenal.

Ini cara menapis beras dengan badang, aku boleh jugak sikit-sikit.
Aku ok lagilah sebab bayar untuk seorang, arwah Ustaz Omar Shukri (ayah cikgu Uncle), bayar zakat seguni kerana anaknya ramai... rasanya berjelir juga nak pilih antah. Aku masih ingat lagi arwah Ayah Embong (orang panggil ayah bong ketar) menjadi amil, dia begitu tegas, beras zakat fitrah jangan kasi tumpah walaupun sutir (sebiji). Aku tanya kalau tertumpah juga?

Dia kata masa membahagikan zakat fitrah ini kepada yang berhad dia akan minta halal jika tertumpah. Kemodenan dan masa mengubah cara aku mengamal agama... kini aku bayar menggunakan duit aje.

Tahun ini, kami sepatutnya beraya di Merchang, semua keluarga aku ada di Merchang, jam 10 malam, saya bertolak ke Dungun semata nak jumpa kawan dan bayar zakat.




Chok, amil di sini jenis 'mudah kira' dia sediakan makanan dan minuman dan pada malam akhir ini makanan agak spesial sikit. Apa taknya amil dapat 1 per 8 daripada kutipan. Bahagian fitrah aje paling komang pun RM5 - 6 ribu. Itu tak masuk zakat harta.

Lihat duit atas meja tu


Itu pasal kalau kita lihat sekarang ini amil cari pembayar zakat berbeza zaman dulu, kita cari amil. Jangan hairan di pejabat amil datang atau di pasaraya amil ter'cokoh' di hadapan pintu.

Tak hairan Chok kawan aku ni pakai kereta Peugeot 407

No comments:

Post a Comment