Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, August 4, 2011

Nasi Sayur @ Nasi Cair

Anak perempuan 5 tahun aku yang suka menggangu semasa memasak.

Bulan puasa ini kalau sebut pasal makanan semuanya berselera. Aku pun nak menulis pasal makanan juga kali ini. Pernah engkau orang terutama yang lelaki (suami) macam aku ini membuat 'spot check' apa yang ada dalam peti ais? Berapa plastik yang berisi lada, sayur, cuka kerepok, ikan bilis, kueh atau makanan yang tak habis? Mungkin ada yang dah berkulat kerana terlalu lama?

Kalau suami, isteri bekerja kita tak selalu masak dan banyak juga kita beli lauk di kedai sahaja. Kadang kala sayur yang dibeli tak sempat nak dimasak akhirnya terbuang sahaja.

Suatu hari aku entah apa rajinnya aku buat spot check peti ais. Ini cerita sebulan sebelum bulan Ramadan. Lihat banyak sayur yang dah mula nak rosak. Sawinya ada yang dah kuning, bunga kobis dah mula ada kehitaman/lebam di beberapa hujung. Esok dijangka kami tak masak lagi pasal sekolah, jadi aku berfikir bagaimana nak selamatkan sayuran ini. Datang idea untuk membuat satu 'kelainan'. Kelaianan biasanya akan membuatkan orang akan menjiwai apa yang kita buat atas asas ingin mengetahui atau merasai kelainan tersebut.




Aku pun potong mana sayur yang masih elok. Aku buat sup sayur. Aku masukkan 'nasi dingin' ke dalam sup sayur tersebut. Konsepnya macam nasi air tapi oleh kerana nasi dingin ini telah keras, nasi dalam sayur ini masih wujud butirannya.


Bila dah siap, nampak berselerakan!

Inilah hasilnya. Nasir bersama dengan sayur. Aku namakan resipi ini sebagai NASi SAYUR. Kalau di tambah dengan kicap lagi best!!

Kami sekeluarga makan malam tersebut kecuali isteri aku yang lebih banyak berpuasa 'malam'. Mungkin jaga badan kot!. Licin nasi percubaan aku yang menyelamatkan sayur daripada rosak.

Esoknya anak aku yang 5 tahun itu bertanya "Ayah bila ayah nak buat NASI CAIR!!" Aku pun tersenyum dalam hati "Wah ini kompius nak bagi nama NASI SAYUR atau NASI CAIR"

Aku sebenarnya ada tekad nak buat lagi, kalau aku buat lagi akan aku tambahkan beberapa item bagi menguatkan rasa nasi sayur ini. Kalau nak sedah pastikan ada bilis goreng atau ikan kering macam kita makan nasi bubur yang boleh memberikan rasa masin.

Nasi sayur ini berbeza sedikit dengan nasir bubur atau nasi air pasal nasinya masih berbutir... rasanya macam kita makan nasi dengan kuah yang banyak. Orang tua marah makan nasi banyak kuah "nanti hujan".

Engkau orang boleh cuba...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails