Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Wednesday, December 7, 2011

Sunat anak..



Bersunat atau bahasa baku disebut berkhatam suatu tradisi bagi anak-nak lelaki yang nak jadi benar-benar 'lelaki'. Aku dulu bersunat ketika masuk darjah 5. Hampir semua abang-abang aku bersunat dengan Tok Mudin di Kg Merbau Patah, sebab kami berasal daripada Kuala Terengganu. Aku dilahirkan di Kg Pulau Sekati.

Tapi aku, lain sedikit bersunat di hospital. Masa itu perubatan hospital Dungun dah mula ada rawatan khatam. Mungkin susah nak ke Kuala Terengganu, jadi paling baik sunat aje di Dungun.

Zaman dulu sunat guna iodin, balut, jahit dengan tali 'taksi'. Seminggu buka balut ya Allah sakit kerana melekat. Taksi pula kadang kala tak reput, kena tarik sendiri. Tapi sekarang perubatan bab khatam ini melalui banyak perubahan. Mudah dan canggih. Pasal tu tak hairan ada orang tua pun nak sunat sekali lagi, katanya nak"erong" he he he...

Muryid nampak macam taku sikit...
Hari Ahad aku call Matzait (Orang panggil dia Mat Zaid Doktor.. tak payah melebar pasal gelaran ini). Dia ini kenalaan aku dan kami banyak telibat dalam program luaran bersama. Tanya dia pasal nak sunat anak. Dia kata hari ini pukul 3 petang boleh. Celaka Matzait aku call dia masa tu lepas zohor... "Mana sepat anak-anak aku tengoh main tanah.. dia pun dok tahu pun pasal sunat ni" kata aku.

Ok Matzaid minta 6 petang, pasal hari lain dah penuh. Aku kata kalau esok petang macam mana. Ok dia setuju pukul 5.00 petang.

Aku baru beritahu isteri aku pasal sunat dan anak-anak aku. Haziq nampak rileks aje macam setuju, musryid baru 7 tahun macam tak ready aje. Dia tak sihat, malam tu deman dan berpanjangan sampai esok. Aku pun macam nak batalkan Mursyid lagipun dia muda lagi... Tapi esok walaupun deman Mursyid berjaya disunatkan.

Haziq ok, rileks aje..
Kami pilih tempat paling sesuai, depan pintu pasal ada cahaya matahari boleh menerangi untuk proses untuk menjahit.


Aku sediakan bilik tidur mereka berdua macam 'hospital'. Siap minta kakaknya 11 tahun jadi jururawat. Kena pasang TV dan DVD player di bilik tidur, selain kena minuman berkhasiat dan buah-buahan.

Emaknya malam tu panggang ayam guna microwave. Dulu aku tulis pasal microwave yang isteri aku tak setuju beli... sekarang dia adalah pengguna utama. (baca di sini).

Pagi besok Mursyid mula buat perangai, ubat tak nak makan... tak boleh telah. Deman dia makin melarat. Paling seronak aku terdengar daripada bilik aku "...Ayoh suruh sunat ni!!" Teruk aku layan mereka berdua. Termasuk kena buat 'sarang' semasa dia nak mandi untuk pastikan burungnya tak terkena air...

1 comments:

  1. Kawan pun ssunat dgn Haji Embong Merbau Patah. Khabarnya anak beliau kini jadi orang kuat JPN Trg. Junior kawan mase skoloh.
    Tang buat 'sarang' tu kawan rasa kelakor sungguh. Kawan dulu pakai perekup nge gelas je. heh heh heh

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails