Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Friday, April 8, 2011

Microwaves

Zaman aku bujang dulu, banyak perkakas dapur aku beli, termasuklah microwaves. Masa aku beli dulu emak aku berlebel "nak wat menda got Zul weh!". Dulu microwaves agak mahal. Beli microwaves dibekalkan video tape VHS. Tonton dulu cara menggunakannya. 1 jam lebih aku habis masa belajar memasak dengan video tapes. Kalau tak ada tapedecoder, mampuslah tak boleh guna microwaves dengan betullah.

Oleh kerana emak aku tak suka, aku dan abang aku Hamzah yang dah meninggal adalah pengguna setia 'menatang tu'. Buat teh o pun guna microwaves, mudah aje masukkan air, gula dan teh ucang pada cawan yang tahan microwaves, pilih 1 minit. Teh O siap untuk diminum. Kalau members datang ke rumah, teh sejuk dalam teko aku panaskan. Dia terkejut cepat engkau buat air. Anak tukang masak!!! jawab aku mematikan hujah.


Pernah sekali aku masak sotong, hujung sotong meletup kerana pengembangan yang terlampu dihujungnya. (Amaran: Pastikan anda jangan bagi ada ruang udara terperangkap jika menggunakan microwaves)
Bila aku kahwin isteri aku pun sama juga tak suka microwaves. Akhirnya microves yang dibelikan itu "mati" tersendiri.... Ada lagi mayatnya didalam kabinet dapur tapi aku malas nak ambil gambar!

2011, anak perempuan aku nampak dah besar (Tahun 5). Senyap-senyap aku beli semula microwaves. Sekarang Panasonic Inveter yang kombinasi antara microwaves dan Grill (memanggang) pun murah tak macam dulu. Sekitar RM450 itu cukup berbaloi dengan fungsi dan kegunaannya. Aku tak beli yang microwaves + Grill + Steam. Rasanya kalau yang itu lagi best!

Isteri aku hanya diam aje bila lihat aku buka kotak microwaves. Nampaknya aku jadi tukang masak semula. Untuk pengetahuan pembaca, ayah aku dulu adalah Tukang Masak dan pernah sekali zaman ayah Sultan Mirzan, ayah aku pernah dipanggil untuk masak bagi jamuan Hari Raya. Ayah aku pernah dihadiahkan sehelai baju oleh Sultan dan baju itu macam kebanggannya bila dia pakai! 


Panggang ikan kalau dulunya ya Allah letih. Biasanya orang zaman dulu memanggang ikan di luar rumah pasal menggunakan sabut kelapa. Asapnya bukan main. Banyak kali aku menangis kerana asap ini!


Ikan pula ke kapit dengan panggang atau guna teras daun nyiur untuk jadikan panggang. (Zaman dulu ikan panggang digantung kerana takut semut hurong)

Agaknya berapa lama masa perlu untuk memanggang ikan? Tapi zaman sekarang bila ada microwaves kita boleh panggang ikan bila-bila masa sahaja.



Langkah pertama pastikan ikan yang segar, misalnya ikan kembung. Sebaik-baiknya ikan kembong yang sedang jangan yang besar sangat macam aku guna ini kerana gelombang micro bergantung kepada ketebalan. Ini kena belajar Fizik sikit...



Pilih Grill 10 minit. Selepas itu balik dan 10 minit lagi. Ikan sudah sipa boleh dimakan... mudahkan!!



(Aku pernah test pukul dua pagi masa isteri aku tidur guna micro untuk ikan selayang. 2 minit siap masak tapi kering. Walaupun sedap dia keras... sama juga kalau guna gelombang kombinasi grill + micro pun tak sedap, masih kering)

Hari ini nampaknya isteri aku sudah mula mengalah dengan peralatan moden ini.  Kami mula masak stim kerapu atau cermin, masak sayur lemak (ini aku paling boring setiap 1 minit kena kacau, takut santan naik minyak) dan Insya-Allah aku akan masak nasi kunyi dengan microwaves. Kalau ok aku akan postkan gambarnya sekali dan anda nak datang makan dipersilakan.

Satu lagi kebaikan, rasa kurang kalestrol. Ikan bilis juga boleh digoring tanpa minyak sekadar dibalik-balikkan sahaja di atas pinggang/mangkuk tahan panas.

Sosej, berbola ikan atau ayam boleh dimasak 2 minit sahaja walaupun baru keluar daripada peti. Dulu kena tunggu ais cair, berapa lama masa dijimatkan?

Kami dua-dua jadi cikgu. Nasi masak sebelum ke sekolah, balik kena panaskan semula. Sekarang saya tanya isteri saya, nak panas biasa atau nak panas berasap? (Panas biasa 1 minit sahaja, kalau 2 minit berasap macam nasi baru masak)

Memanas lauk pauk pun mudah dan kelebihan menggunakan microwaves ialah lauk pauk yang dipanas dengannya lambat basi. (Sekadar telahan rasanya micro organasima pun mapus sekali dengan gelombang ini)


Satu sahaja yang aku risau. Bil elektrik sahaja, apa tak 1000 Watt. Sebelum ini bil rumah aku sekitar RM140 - RM180.....


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails