Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Saturday, April 9, 2011

Budak pandai tak perlu belajar sejarah

Hari ini aku boring sedikit, campur pula kekenyangan selepas balik dari Mayang Sari, Majlis Meraikan Guru-guru dan pelajar yang berjaya didalam acara sukan antara sekolah-sekolah Daa (sekolah swasta Terengganu). Cuba mengemaskini bloglist dan terbaca beberapa artikel daripada blog guru terutama daripada Cikgu Zali bekas bos peperiksaan IZ dulu.

Aku tertarik tulisan daripada blog ZizieAli.. yang tersirat dengan tajuk "Budak Pandai". Walaupun tulisan ini sudah dua bulan dan nampaknya zizie sibuk kerana blognya pun banyak 'tumbuh sarang laba-laba'.

Tulisan Zizie Ali yang menarik ialah

Dulu. Spm zaman kami. Budak sains tidak dibenarkan ambil subjek Sejarah. Sebab mereka budak pandai. Budak pandai tak perlu belajar sejarah.

Walau bagaimanapun, kami mula diajar subjek Sejarah bermula Darjah 3. Dan diuji dalam Ujian Penilaian Darjah Lima (sekarang UPSR). Ketika Darjah 5, kami sudah mengenali Hamurabi, Julius Caesar, Shih Huang Ti, Asoka, Ferdinand Magellan, Joan of Arc, Napoleon Bonaparte, Sultan Alaudin Riayat Syah, Francis Light, Musataffa Kamal Attarturk, Alfonso d'Arbuquerque, Francis Light, Stamford Raffles, Munshi Abdullah, J.W.W Birch, Hugh Low, Frank Swettenham, Sultan Abu Bakar, Tunku Abdul Rahman..
Kerajaan telah menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran Teras yang wajib diambil untuk KBSM pada tahun1993. Manakalah 23 Oktober 2010, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah menyatakan;

Kementerian Pelajaran memutuskan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

Buat masa sekarang mata pelajaran itu adalah subjek teras yang wajib diambil, tetapi bukan wajib lulus
Aku pernah membuat komen di blog Zizie Ali dan aku juga masih tertanya-tanya adakah kerajaan ingin menjadikan semua orang bodoh? Kerana dulu budak cerdik tak dibenarkan ambil subjek Sejarah ini?

Anda mungkin boleh jawab....


1 comments:

  1. sjarah ni tk kira budak bodo ka budak cerdik...smua kena belajar..sbab kita buta sejarah la kita jd pak kaduk...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails