Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Wednesday, April 20, 2011

Pakai Songkok

Masa di kantin aku telah ditegur oleh Tuan Pengetua, "mana songkok cikgu Zul?". Aku jawab sepontan tak ada riben cikgu (maksud aku lilitan putih pada songkok). Tuan Pengetua diam sahaja, aku tak pasti beliau terima atau tidak jawapan aku.

Aku sebenarnya dah lama beli songkok untuk acara-acara bersongkok terutama di sekolah. Songkok itu aku tinggalkan  di sekolah pasal di rumah aku tak pernah guna melainkan masa kahwin dulu sahaja. Kalau aku bawa balik songkok, pasti isteri aku tidur tak lena, mandi tak basah apa tah lagi jika berbaju melayu yang segak.

Selepas aje balik daripada kantin, aku terus ambil kertas A4 putih potong 3 jalur dan buat lilitan dan sempat guna songkok berbelang ini dalam taklimat sekolah 2.30 petang pada hari yang sama. Nampak pengetua tersenyum aje...


Pasal bergabung pakai lilitan putih ini juga menjadi kontroversi bila bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin ada mengeluarkan pendapatnya. Anda boleh baca di sini, tapi saya tak  berhasrat untuk panjangkan sebagai perbahasan dalam artikel ini.

Dulu aku tak pernah pakai kupiah (lebai) songkoklah aku guna untuk solat. Malah bukan aku tak pakai, aku tak suka pakai kupiah… entah kenapa. Mungkin tak selesa kok.

Aku pula bukanlah nak 'gong', tapi masa kecil dulu aku selalu solat lima waktu di surau. Jadi suatu hari selepas solat ansar, seorang mualaf (seorang berbangsa India, anak ne'geri) panggil aku dan bertanya..

“Saya mahu tanya jangan marah ya”

Aku jawab, ok
“Berapa kali awak basuh itu songkok”

“Mana ada orang basuh songkok, rosaklah” jawab aku
“Kalau tak basuh, macam kalau kena najis, misalnya tahi cicak, awak buat sembahyang. Songkok itu najislah mana sah sembahyang awak?”

Aku angguk sahaja.
“Saya kesian sama awak, sembahyang banyak pun itu tak guna tak sah. Maaf saya cakap”

Aku hanya terdiam dan terus bla..

Sambil berjalan ke rumah kata-kata India mualaf itu cukup menusuk jiwa aku. Walaupun baru masuk Islam dia boleh manasihat aku dan nasihatnya cukup berkesan untuk aku yang dilahirkan sudah Islam. Ramai dikalangan kita yang iba bapanya Islam tetapi masih lagi tidak memahami asas-asas Islam.


Tak faham boleh terima, tapi kalau dinasihatkan dengan maklumat yang benarpun masih degil dan nak kekalkan tradisi turun temurun itu yang sukar nak diterima.  
Mula hari itu aku tak pakai songkok lagi. Walaupun pada mulanya tak selesa memakai kupiah kerana kupiah lembik.. tapi sekarang sudah kalih!!




1 comment:

  1. kekadang kita pakai songkok sebab nak suh nampak mcm set set tuh!..nak bg nampak mcm...hahaha

    ReplyDelete