Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Monday, April 18, 2011

Nasi lemak dijual seminggu sekali di kantin sekolah, rasionalnya?

Semalam heboh tentang arahan keluar daripada Menteri Kesihatan untuk larangan serta merta untuk penjualan nasi lemak. Aku ambil petikan kenyataan tersebut daripada akhbar untuk tatapan semua.

Kerajaan menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah di seluruh negara bagi membendung risiko semakin ramai pelajar mengalami masalah obesiti.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu semalam menegaskan, pengusaha kantin juga hanya dibenarkan menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.



Walaupun beliau menganggap nasi lemak mempunyai khasiatnya sendiri, pengambilan makanan itu secara kerap dan berlebihan akan mendorong seseorang itu mengalami obesiti.

"Peraturan melarang penjualan makanan tidak berkhasiat ini termasuk air bikarbonat bukan sahaja melibatkan pengusaha kantin tetapi juga penjaja lain di sekitar kawasan sekolah,'' katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan peringkat kebangsaan ke-5 2011 di sini semalam. - Kosmo 18 April 2011




Air bikarbonat aku tak nak komen, biar cikgu kimia yang komen, pasal dalam makmal banyak sangat bikarbonat, siap boleh buat "pokok taman sains" pula tu...

So apa rasionalnya tak boleh jual nasi lemak kat kantin sekolah? Ini yang aku nak sentuh.

Menteri Kesihatan ada tak maklumat @ kajian tentang apa yang pelajar makan di sekolah? Dulu heboh tentang pelajar bawa beg berat ke sekolah. Aku terlibat dengan kajian ini untuk 36 buah sekolah seluruh Terengganu. Enjoy aku boleh merantau seluruh Terengganu untuk pergi ke sekolah terpilih. Kajian itu menafikan kenyataan asal. Hanya sekolah Jenis Kebangsaan (Sekolah Cina) sahaja yang beg pelajarnya berat sikit!

Aku rasa tak semua pelajar makan nasi lemak, apatah lagi banyak sekolah, terutama sekolah akulah nasi lemaknya lebih kurang hampir sama aje dengan nasi biasa. Tak ada lemak pun... ni kes nak jimat beli santan!

Kalau ada nasi lemak tak akan pelajar beli nasi lemak hari-hari... tak makan makanan lain? Apa istimewa benar nasi lemak di sekolah? Kadang kala nasi lemak di sekolah "tak cukup sifat pun". Cuba lihat bilis, telur, timun atau sambalnya. Ada semua ke?  Kalau ada, adakah menepati ramuannya. Sekolah aku bilis tak ada! Sekolah engkau orang macam mana?

Ok, katakan kantin sekolah jual seminggu sekali. Habis di tepi-tepi jalan sebelum ke sekolah tu berlambak orang jual nasi lemak. Macam mana?

Indeks Jisim Badan (BMI) sebenarnya dicatatkan dalam kad laporan pelajar tapi tiada penekanan dibuat dalam hal ini terutama bila masuk ke sekolah menengah. Ini menyebabkan sesetengah ibu bapa tidak mengawal pemakanan anak-anak untuk mendapat berat badan mereka ideal bagi mengelakkan obesiti.

Masalah obesiti ini sebenarnya berpunca di rumah bukan di kantin sekolah. Masa makan (rehat) di sekolah yang pendek dan lebih banyak menyebabkan pelajar banyak berlapar. Pelajar juga mengambil kesempatan masa pendek ini membeli makanan ringan yang saya rasa lebih banyak kesannya kepada masalah obesiti.

Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesiihatan sepatutnya diberikan penekanan untuk mengatasi masalah adalah lebih pratikal. Saya lebih berpendapat penakan peri pentingnya mengatasi masalah obesiti kepada pelajar adalah lebih baik daripada memberikan penekanan kepada ibu bapa.

Sekolah sepatutnya menyemak sejauh mana mata pelajaran ini benar-benar memberikan latihan secara pratikal untuk kesihatan pelajar sekolah. Aku dulu, masa PJ mesti tebor.. nusuk ngata rawa!! Nok-nok masa tingkatan 5 cikgu aku 'beking' sikit!

Begitu juga larangan bukan jalan terbaik. Sepatut sekolah yang bersifat mendidik perlu diberikan keutamaan untuk memberikan pendedahan pengetahuan agar pelajar diberikan kemantangan fikir dalam hal ini. Perkara ini boleh ditekankan dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Kenapa aku kata PJK itu lebih pratikal daripada jual nasi lemak seminggu sekali?

Satu kajia oleh Moore (1993) menyatakan bahawa 2/3 dari jumlah remaja perempuan tanpa mengira peringkat umur tidak berpuas hati dengan berat badan mereka. Separuh dari mereka tidak berpuashati dengan bentuk badan mereka khususnya lebihan lemak yang terdapat di bahagian peha, pinggang dan punggung serta saiz payudara yang tidak sesuai dengan bentuk badan mereka.

Kesedaran terhadap imej tubuh adalah lebih signifikan di kalangan remaja dan boleh dikaitkan dengan amalan pemakanan yang tidak sihat antara jantina lebih-lebih lagi perempuan.

Satu kajian telah dijalankan oleh Dianne S. Ward, Marsha Dowda, Stewart G. Trost, Gwen M. Felton, Rod K. Dishman dan Russell R. Pate (2006) ke atas 1015 remaja bertujuan untuk melihat perbandingan korelasi antara gadis kulit putih dan gadis Afrika-Amerika dengan aktiviti fizikal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan dalam aktiviti fizikal adalah lebih signifikan di kalangan gadis yang lebih aktif tanpa mengira berat badan ataupun bangsa. Ini membuktikan bahawa walaupun mempunyai masalah dengan berat badan, penglibatan dalam aktiviti fizikal tidak akan menjejas prestasi seseorang.

Terdapat banyak faktor atau punca yang menyebabkan kegemukan. Aku lebih berpendapat sistem pendidikan di negara kita yang terlalu menekankan pencapaian akademik dikenal pasti menjadi punca utama peningkatan masalah berat badan berlebihan (obesiti) di kalangan murid-murid sekolah.

Pelajar yang suka minuman berkarbonat dan makanan segera yang berlebihan menjadi antara penyumbang kepada masalah ini. Manakalah subjek Pendidikan Jasmani & Kesihatan yang diajar di sekolah hanya sekali atau dua kali seminggu adalah tidak mencukupi dan selepas pulang dari sekolah, mereka terlibat dengan kelas-kelas tuisyen petang dan malam. Mana masa pelajar bermain seperti kita dulu?

Mereka ini sepatutnya tidak dibebankan dengan pelbagai perkara berkaitan pendidikan semata-mata tetapi mereka hendaklah diberikan ruang untuk bersenam dan melakukan kegiatan riadah.

Banyak dapatan kajian lampau membuktikan perkaitan langsung antara peningkatan berat badan dengan penglibatan dalam aktiviti fizikal yang rendah. Kemajuan dalam teknologi dan pengangkutan mengakibatkan penglibatan dalam aktiviti fizikal bukannya satu keperluan penting dalam fungsi harian seperti 'elevator' (Dungun tadok lagi...) yang mengurangkan aktiviti berjalan dan penggunaan 'remote control' untuk mengganti aktiviti berjalan.

Kita belum bercakap pelajar sekarang malas untuk berjalan kaki ke mana-mana tempat. Zaman kita sekolah dulu, sehari sekurang-kurang 2 atau 3 kilometer kita terpaksa berjalan kaki.

Masa aku berada di SMKSO, perut aku steady aje.. sekarang di Aizek Ya Allah silap haribulan dituduh pelakon video (he he). Masa di sana aku Ketua Guru Disipilin, tiap-tiap hari round kelas, kejar budak. Tapi sekarang di Aizek duduk atas kerusi sambil mengadap PC. Cikgu lekat kertas pun aku malas nak bangun tolong!

Justeru, keperluan jumlah tenaga untuk aktiviti harian menyumbang kepada penurunan jumlah pengeluaran tenaga serta mengakibatkan peningkatan berat badan.

Aku rasa engkau orang dah faham apa yang aku nak sampaikan.

2 comments:

  1. "Aku dulu, masa PJ mesti tebor.. nusuk ngata rawa!! Nok-nok masa tingkatan 5 cikgu aku 'beking' sikit!"...

    statement yang boleh wak pecoh perot....

    doh guane bleh jadi gini cg???saye sblom skoloh dulu jadi besor gini, doh guane nok saloh ke nasi lemok puloknye....berat sunggoh la....

    ReplyDelete
  2. Amir jadi gitu sejak kecil pasal makan jemput pisang sokmo...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails