Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, April 28, 2011

UPS mampos! Internet terganggu, IP jadi limit

Tak nak tulis keluhan ini, rasa macam bersalah dengan cikgu-cikgu dan pelajar yang mengadu tiada internet. Nak tulis nanti ada yang kata kasar pula cikgu Zul buat aduan di blog.

Kita sebagai guru yang dipertanggungjawab telah banyak bertolak ansur dengan syarikat-syarikat pembekal yang banyak "manis daripada masamnya" semasa nak minta tanda tangan (sain), apatah lagi ada pegawai yang mengiring juga manis juga dari segi bahasa percakapannya yang mengsyorkan agar cikgu kenalah "sain".

Saya dah artikel berkenaan perkara ini dengan bahasa yang lembut sperti selalu kita belajar dalam peribahasa iaitu "seperti menarik rambut dalam tepung..." tapi hari ni saya akan menulis pula seperti pertandingan "meniup tepung mencari 'coklat'".

Dah sebulan syarikat yang dipertangungjawab menjawab "kami akan hantar pekerja baru". Syarikat jutaan ringgit tapi nak selesai masalah ambil masa berbulan-bulan... aku tak faham cara kerja organasasi ini. Siapa yang nak di persalahkan?

Aku semalam masa mesyuarat KIK di PKG Seri Dungun dah banyak kali berbual hal ini dengan Razak. Dia pun dah "berbisik" dengan orang atas. Tapi masalah yang teringgal kerana dek pengurusan yang tak cekap ini susah nak diselesaikan kerana kita dah "ajar mentel" kepada syarikat berkenaan.

Baca tulisan aku aku dalam www.aizek.net

Internet sekolah ada gangguan
Coretan SantaiOleh CikguCyber


Dua tiga hari ini guru-guru bising, terutamanya pihak pengerusan apabila internet tak ada. Pelajar pun sama merugut bertanya kepada guru, walaupun tak ramai pelajar yang benar-benar berani bertanya saya.

Tapi.. air muka pelajar yang lepak di pondok Taman Sains dengan notebook dan e-Book sudah cukup memberikan 'masej' kepada saya bertapa kecewa mereka.

Internet tak ada kerana gangguan daripada talian memang kita boleh terima, tapi jika internet tak ada kerana pengurusan yang menguruskannya tak cekap amat tidak boleh diterima.

Dua hari lepas gangguan elektrik berlaku di Dungun. Bekalan elektrik terputus pada 3.05 minit Ahad 10 April 2011. Esoknya bekalan elektrik ok, tapi UPS (Bateri) untuk projek LAN telah rosak.



UPS yang rosak masih tak dibaiki. Kalau tak ada power bagaimana nak dapatkan internet. Sekarang ini terpaksa buat pembedahan luar (faham ke?)

Saya telah hubungi pihak pengurusannya. Nak buat report nombor telefon helpdesk tak ada dalam perkhimatan (Ini pertama kali dalam sejarah aku terjumpa helpdesk syarikat besar di potong - untuk tujuan apa entah siapa boleh jawab?)

Hari ini pula pihak daripada Projek LMS datang untuk servis perkhidmatan tak boleh buat apa untuk membantu kerja-kerja kerja terganggu oleh kerana Projek LAN yang tak ada berita khabar. Aku puji pengurusan syarikat projek LMS yang bertanggungjawab.

Sukar untuk bekerja dalam suasana macam ini. Yang teraniya guru, pelajar dan sekolah...


- www.aizek.net 13/4/2011



Aku masih menanti sampai bila syarikat ini nak lari daripada pihak sekolah, telefon tak angkat. Bukan aku sahaja telefon Juruteknik telefon pun tak angkat.



1 comment:

  1. huh ~ masalah demi masalah ..
    tp cikgu zul boleh ..
    http://syok-blogger.blogspot.com

    ReplyDelete