Sambil seleroh saya kata, "beri sahaja kepada kakaknya". Isteri saya jawab, "abang nak ke sekolah pakai apa?" Saya ada satu lagi kereta Grand Livina. Tapi memang satu kereta susah untuk kami berdua nak pergi kerja. Buat masa ini mungkin tak menjadi masalah kerana isteri saya cuti setahun tanpa gaji.
Kereta itu dipandu oleh anak saudara, dia terbabas dan melanggar tiang elektrik sehingga terbalik di selekoh hadapan Balai Polis Marang yang baru.
Saya mengurus untuk membuat claim isurance di workshop Dungun dan meminta dia mengambil kereta di balas polis Marang. Pihak workshop minta saya menyelesaikan masalah tarik kereta ke balai dan urusan itu telah dibayar dengan harga RM120.00. Saya minta resit, kerana pembayaran melalui anak saudara isteri saya.
Saya dimaklumkan tak ada resit, bayaran hangus??
Semasa kereta saya nak keluar daripada balai, sarjan yang bertanggungjawab tahan kereta itu kerana tak ada "duit kopi" saya cakap melalui telefon saya dah bayar upah tarik ke balai, kira dah selesai. Rundingan dibuat akhirnya kereta boleh dikeluarkan.
Saya memang bertegas soal rasuah... Sebab itu semasa saya memotong di double line ketika memandu bersama dengan Cg Wan Azli, polis menawarkan kepada saya untuk saman tali pinggang. Saya bertegas nak saman bagi memotong double line. Tiga kali dia tanya saya, akhirnya sebelum saya masuk ke kereta, dia tanya lagi pasal apa saya tak terima tawaran itu sedangkan double line saya boleh dikenakan kampoun RM300?
Saya jawab selamba, jumpa di mahkamah saya mungkin tak bayar satu sen pun!! Dia kata, kita ada rekod kereta yang dipotong... Saya jawab lagi.. "Terima kasih, sebenarnya saya tak berhujah.. tak apalah" Lalu saya memandu meninggalkan polis berkenaan. Sampai di rumah saya buang sahaja surat saman tersebut dalam bakul sampah!!!
Balai Polis semasa proses pembinaan |
Begitu juga bila nak dapatkan salinan report polis. Dia orang tak nak bagi jika tak bayar duit. Kakak ipar saya hubungi bapa saudaranya Tuan Abdul Rahman. Bila Tuan Rahman telefon report dikeluarkan. Tuan Rahman (bapa saudara isteri saya) adalah bos polis trafik Kuala Terengganu sebelum pencen beberapa tahun lalu. Bisa juga walaupun pencen!!
Proses claim insurance masih belum selesai lagi, berapa banyak duit kopi dalam hal ini. Inilah hakikat kehidupan rasuah dalam masyarakat kita.
Semasa saya di workshop, pekerja workshop bertanya sama ada nak urus sendiri atau dia orang urus. Dia kata kalau dia orang urus mahal sedikit pasal kena beri duit kopi kepada sarjan.
Sampuk salah seorang yang berurusan disebelah saya. "Sarjan suka makan besar, dia tak suka kecil-kecil"
Dalam tersenyum, saya terbayang bagaimana 17 report kepada datuk peguam suspek pembunuhan Datuk Sosilawati boleh terlepas sebelum ini. Mengikut maklumat 'angin' juga dikatakan melibatkan polis.
Saya juga ingin menyatakan di sini, walaupun ada polis akan marah kepada saya. Sepanjang tujuh tahun saya menjadi Ketua Guru Dispilin sebelum ini, saya memang mempunyai rekod bermasalah dengan anak-anak polis. Sehingga terkeluar kenyataan "apa yang diberi makan sehingga menyebabkan anak-anak polis banyak yang 'tak menjadi'."
Bukan sahaja polis, pemandul on-town juga terbabit malah semua orang ingin duit kopi...
Rasuah sudah jadi darah daging yang tak bisa diubati lagi dalam masyarakat kita. Islam sudah diketepikan kerana sedikit habuan duniawi...
No comments:
Post a Comment