Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Friday, September 3, 2010

Kad Raya Pertama Tahun Ini

Tahun ini aku dapat kad raya yang pertama. Ya rasa dah banyak tahun kad raya tidak lagi menjadi satu kebanggaan untuk dikumpul atau digantung pada sambutan hari raya. Kalau dulunya masing-masing akan 'menunjuk-nunjuk' bertapa banyaknya kad raya yang diperolehi dan ini mengambarkan dia 'ada ramai kawan'.

Kad Raya yang saya perolehi datang daripada seorang kawan (dan dia juga adalah sahabat??) yang telah lama kami tak berhubung.

Saya cukup terharu menerima kad ini kerana si penghantarnya seorang yang berada di atas kerusi roda akibat 'strok' yang dialami lebih daripada 5 tahun yang lalu. Dia masih berdikari, berdidikasi dan memperjuangan sisa-sisa hidup dengan ilmu dan amalan yang dilalui melalui proses tarbiyyah  "usrah dan tamrin". Penghayatan kepada proses tarbiyyah ini ialah 'ta'aruf' dalam ertikata sebenar bukan sekadar memperkenalkan nama dan asal usul sahaja. Kalau tak takkan imam Hassan al-Bana menulisnya dalam buku beliau mengenai ta'aruf, takwin dan tanfiz...

Zahimi mengenang  saya kisah-kisah silam di UTM; banyak memberikan pengalaman yang cukup indah untuk saya menjadi seorang guru yang berdidikasi untuk kecermelangan sekolah. Rasanya saya belum bersedia untuk mencerita semuanya.

Saya juga dimaklumkan bukan sahaja beliau memperjuangkan nasib beliau dengan berdikari, malah menasihatkan ramai rakan-rakan yang mengalami keunzuran terutama sakit yang berpanjangan.

Kegigihannya sama dengan saudara Ahmad Lutfi yang tak pernah kenal erti putus asa. Saya dimaklumkan juga dia juga kerap kali menalipon dan mengambil "cakna" atas kesakitan yang di alamai oleh saudara Lutfi dan memberikan nasihat pengalamannya kepada saudara Lutfi.



Lutfi, walaupun masih sakit dan bertongkat masih gigih membantu orang-orang yang susah. Pengalaman hidupnya cukup mengajar tentang "kesusuhan". Dia bukan pulih sepenuhnya tapi dalam membuat kebajikan kita mungkin tak punya kesempatan masa yang panjang.

Ramai dikalangan kita yang sihat tidak akan merasai semua ini, benarlah nasihat agama oleh Nabi Muhammad s.a.w. Saya perturunkan dalam bentuk imej supaya kita mengambil iktibar daripadanya;



Zahimi walaupun tangannya tidak begitu selesa menulis masih menggagahi untuk mengutus "kad Raya" kepada seorang sahabat yang kian lama tak menghubunginya... Ini cukup mengharukan saya.



Maafkan kealpaan seorang sahabat yang makin kian lari dari erti pentarbiyaahan sebenar...

No comments:

Post a Comment