Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Friday, July 15, 2011

Makmal ICT jadi tempat proses bunga hidup?


Untuk dapat tempahan bunga hidup 1500 kuntum bukan perkara yang mudah. Tapi nampaknya tuan pengetua sekolah aku cuba memecahkan rekod ini. Selepas bersara aku rasa boleh 'buat bisnis ini'. Paling selesa bekerja untuk proses bunga hidup mestilah tempat yang dingin. Makmal ICT aku rasanya paling dingin. Aku ni mana boleh lihat alatan rosak..


Pelajar tingkatan 6 bawah dan pelajar asrama adalah pekerja yang boleh didapati dengan mudah. Kos sara hidup pun rasanya ok, air dan nasi bungkus!


Dalam ramai-ramai ada seorang sahaja lelaki. Aku pun hairan juga dalam bab masak chief pun biasanya lelaki. Dalam bab Mak Adang (nama dah mak) pun lelaki, tengok juru solek filem setakat ni belum jumpa lelaki, macam perempuan sahaja yang banyak!


Bunga yang dah siap akan dihantar ke disitinasinya.


Penghantaran  adalah segera dan pekerja semuanya berbatik sutera lagi tu!!

.....
*  Proses menghasil bunga hidup untuk Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu di Dungun

No comments:

Post a Comment