Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Sunday, July 10, 2011

Transformers 3 Dark Of The Moon ciplak skrin (scene) cerita The Island (2005)?

Filem telah menjadi satu daripada 'corak hidup' atau hobi. Ini tak dinafikan. Aku pun tak perasan agak terjerumus dengan 'pemfileman' ini. Walaupun aku boleh kata tak sampai 5 kali aku menonton wayang seingat aku.

Masa kecik, aku duduk atas riba abang sulong aku. Masa tu ada kuaci cap helang menonton cerita Melayu, entah apa namanya aku tak pasti. Yang aku ingat ada babak tepuk telur keluar ayam dan seorang itu tak menjadi. Aku rasa umur aku antara 3 tahun. (Nanti rajin aku cari cite tu..)

Sekolah rendah (darjah berapa aku tak ingat) menonton di panggung Fajar, walaupun tiket 40 sen tapi kita orang masuk 'tebor'. Tiket dipassing ikut tandas. Satu tiket boleh pakai 2-3 orang. Cite Kung Fu tak ingat, mungkin Shorgun Ninja.

Sekolah Menengah, tingkatan 3 aku ikut abang aku yang nombor dua menonton juga dipanggung Fajar tegok citer Sitinggan. Aku sikit pun tak minat nak menonton pada masa tu, apatah lagi citer Melayu! Aku pergi sekadar abik ati abang aku aje...

Pernah juga ikut abang aku nombor 3 (Dia dah meninggal belum sempat kahwin) lihat citer orang putih, Dog of War, menarik citernya bagaimana askar upahan untuk menjatuhkan kerajaan.

Aku masa akhir persekolahan ramai members ajak aku menonton nak belanja. Mereka cuba untuk menperdayakan aku. Aku masa itu dah mula warak sikit... he he

Akhirnya Dillah Petak berjaya mengajak aku menonton di Kemaman entah panggung apa aku tak ingat. Masa tu aku tingakatan 5. Cerita Evil Death, citer hantu yang agak menarik juga.

Sepanjang di UTM aku tak pernah menonton. Sepanjang aku di Sarawak juga aku tak pernah menonton wayang. Di Sarawak lagi hebat daripada Dillah Petak pengodanya. Ramai anak murid aku terutama yang  perempuan ajak menonton. Mesti yang baca jelous!! Tapi aku kuatkan iman tak ikut!

Di Sarawak bukan sahaja wayang, tapi ada bilik khas untuk 6 orang duduk disetti. Kita boleh pilih DVD untuk ditonton. DVDnya saiz besar macam piring hitam zaman dulu. (Baca perkembangan teknologi DVD.. lebih kurang macam disket mula-mula besar selepas itu kecil).

Sampai sekarang aku tak pernah masuk panggung lagi dah 28 tahun.. Tapi panggung dah masuk dalam notebook aku. Kah Kah!!

Ok panjang sangat intro, kita balik pada citer Transformers.

Mungkin ramai yang telah menontoh filem Transformers 3 Dark of the Moon. Kalau diperhatikan terdapat sedikit persamaan antara filem Transformers 3 ini dengan filem The Island yang telah diterbitkan pada tahun 2005. Kebetulan aku ada simpan filem The Island ini.

Mengapakah terdapat persamaan tersebut? Pengarah tidak ada idea atau nak mudahkan kerja?

Aku capture scene dua-dua filem ini.

Semua keadaan adalah sama pada minit ke 67.13 pada filem Transformer 3 (2011) dan minit 68.39 pada filem The Island (2005).


Perhati file animasi gif ini. Klik untuk lihat animasinya.
Apa komen engkau orang? Zaman teknologi moden ini sukar nak cari barang asli!

3 comments:

  1. peringkat bahaye doh mung...editor dan komentar dah sekarang!...Tabik Bro!

    ReplyDelete
  2. Aku ingat nak tulis script filem pulak ahh.

    ReplyDelete
  3. dua-dua tu filem dia gak... hari tu dia guna balik footage pearl harbour utk transformer. dia banyak simpan video clipart utk guna bila tak cukup budget nak shooting kot. ala macam filem drama melayu gua balik skrip sama tapi tukar nama karektor aje.

    ReplyDelete