Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Saturday, June 25, 2011

Evolusi tanda tangan

Tanda tangan, orang putih sebut signature yang berasal daripada perkataan Latin, signare yang bermakna "kepada tanda".

Macam-macam jenis tanda tangan. Ada juga rekod tanda tangan paling lebar di dunia yang telah di sahkan dalam dokumen rasmi. Rasanya men'jelir' nak buat u-turn kelebarannya.


Aku sendiri juga ada tanda tangan spesial. Spesialnya kerana tanda tangan aku tak pernah berubah selama hampir 30 tahun.

Aku buat tanda tangan ini sekitar 1980 dengan menggabung huruf rumi dan jawi ZUL + jawi (zul mohd) hasilnya pada awal 80an.


Kemudian tanda tangan ini mengalami evolusi beberapa kali yang sempat dirakamkam setelah aku mengemas rumah.



Dan lihat tanda tangan aku sekarang.



Engkau orang nak rompak duit dalam bank bolehlah tiru tanda tangan ini... pasal aku tak pernah tukar tanda tangan.

No comments:

Post a Comment