Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Saturday, July 30, 2011

Bila anak murid nakal belanja cikgu....


Khamis, 28/7/2011 aku lewat balik daripada sekolah, pukul 3.30 petang, sedang anak aku balik daripada sekolah pukul 3.00 petang. Belum solat, makan tengah hari belum lagi dibeli dan paling mudah beli sahaja di kedai paling dekat atau di sepanjang jalan ke sekolah anak aku.

Masa memilih lauk, aku di sapa daripada belakang di meja kedai makan tersebut. "Cikgu Zul,  Assalamualaikum!". Aku toleh ke belakang. "Aku dulu kena tampar di cikgu" kata suara tersebut pada rakan-rakannya. Aku sekadar tersenyum.

"Cikgu tamparlah saya jadi orang" katanya lagi sambil mementik telefon yang agak mahal juga harganya.

Aku dah tulis sebelum ini aku jadi Ketua Guru Displin di SMK Sultan dan telah menukar watak aku menjadi antara guru yang paling garang.

Lapan tahun sebelum itu aku tak pernah pukul pelajar. Walapun aku tegas tapi tak pernah tampar pelajar, malah aku anggap tampar pelajar perbuatan yang bodoh!!

Aku pratikal sebagai seorang guru pertama kalinya di SM Vokesyenal Kuala Terengganu pada tahun 1986. Masa itu umur aku 20 tahun plus. Pelajar tingkatan 6 atas sebaya dengan aku. SMKV Kuala Terengganu adalah sekolah yang bermasalah, selalu bergaduh dengan pelajar SMK Teknik. Masa aku pratikal kebetulan bulan ramadan.

Aku merasai berada macam tahanan di penjara dengan guru displin juga terlalu garang. Aku lihat bagaimana pelajar yang ponteng ditangkap, kaki seluar sekolah dimasukkan botol air minuman, jika tak masuk.. kaki seluar 'ditetas'. Dengan seluar yang 'serabil' pelajar ini pula dikerah untuk memperterilkan tiang bendera sekolah dan membina batu bata (sekolah ini mempunyai peralatan). Aku lihat situasi ini macam dalam penjara..cara dia orang bekerja walaupun bulan puasa.

Guru wanita sekolah itu mengarahkan pelajar yang gagal siapkan latihana berlari mengeliling bangunan dengan nada yang tegas. Bila aku perhati aku lihat dia masuk ke kelas, mungkin segan dengan aku guru baru dan guru pratikal pula.

Setelah 11 tahun berlalu, aku pula jadi macam mereka. Ini mengajar kita "melihat daripada sudut pandangan biasa tidak akan dapat menjiwai keadaan sebenar". Bila aku jadi guru yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan disiplin barulah aku merasi apa yang pernah guru-guru SMV merasai. Dengan pelajar yang nakal kita kadang kala hilang pertimbangan.

Pelajar boleh junjung Al Quran yang diambil di atas meja cikgu Hassim Safar (Cikgu Hassim Safar guru disiplin yang setiap pagi tak pernah tertinggal membaca al Quran) dan bersumpah dia tak mencuri. Tapi bila kena penampar sekali dengan cikgu Harun terus dia mengaku mencuri malah menunjukkan di mana barang curian di sembunyikan. Peristiwa ini cukup mengajar aku bagaimana kepercayai aku kepada "sifat mulia" (junjung Quran dan bersumpah) boleh dipermainkan oleh manusia demi menutupi kesalahan.

Tampar bukanlah suatu perbuatan yang baik. Kenalah tahu menggunakannya.. he he mesti yang membaca takkan setuju. Aku pun sebenarnya bukan setuju pun, tapi senjata tangan aku ini akan terlaksana bila tahap kesabaran dan cara kaunseling aku sudah tidak lagi berkesan!!

Aku gelapkan gambar dan terima kasih kerana masih menghargai
jasa seorang guru. Semoga hidup anda diberkati Allah.

Nanti aku aku ceritakan lebih detail lagi pada tulisan akan datang. Pelajar ini sebenarnya telah mengadu kepada Ayahnya kerana aku tampar dia. Ayahnya juga seorang yang garang. Tapi Alhamdulillah setelah saya ditahan ditepi jalan dengan 'kurang mesra' oleh ayahnya akhirnya masalah ini selesai.

"Cikgu Tak payah bayar" berulang kali dia sebut dan mengarahkan tokel kedai jangan ambil duit aku.

Dalam kereta aku, sambil memandu nak mengambil anak aku rasa terharu dan mengingatkan kembali peristiwa lebih kurang 10-15 tahun lalu.

Pelajar yang nakal, memang semasa mereka di sekolah aku ini dianggapnya macam anjing. Nama aku adalah bahan cacian mereka. Tapi jika Allah berikan mereka akal, mereka akan berfikir kenapa bodoh sangat cikgu Zul Mohamad memilih untuk mengejar, mengesan mencari mereka selalu ponteng sekolah. Apa yang cikgu Zul dapat? Kenapa? Cikgu Zul tak kena waris dengan aku.

Ya nak mampus ke, nak jadi penagih ke, nak jadi gengster apa kaitan dengan aku. Aku tak pun dapat gaji lebih buat kerja ini semua. malah ada pengetua pun kata ku bodoh kejar budak di luar kawasan sekolah.

Ya kenapa aku boleh jadi begini... jika ada kesempatan nanti aku ceritakan..

1 comments:

  1. Tahniah..cikgu memang seorang cikgu. Rasanya dah tak ramai cikgu macam ni.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails