Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Tuesday, November 1, 2011

Aku cukup malu hari ini...

Cikgu Che Wan mengetuai hakim pertandingan
Hari ini aku telah dijemput untuk menjadi hakim pertandingan blog, facebook, video koperat dan multimedia  Kaunseling dan Bimbingan daerah Dungun. Mula-mula lihat surat, macam malas nak join dengan 'geng kaunselor'!

Tapi bila lihat nama Che Wan dan Musa aku gagahi untuk hadir walaupun terpaksa merempuh hujan.

Jadi hakim ini sebenar, aku dah mula tak berminat setelah beberapa kali keputusan hakim telah 'dibakul sampahkan'. Aku malas nak tulis panjang pasal perkara ini. Ustaz Mahadi cukup memahami...


Tak banyak sekolah masuk bertanding, dan sekolah aku masuk juga dalam beberapa bahagian dan yang pasti tak masuk bahagian video koperat. Aku tak pasti kenapa Cikgu Wan Anuar tak bertanding, pasal sebelum ini video koperatnya telah berjaya ke peringkat kebangsaan. Mungkin macam aku juga setelah memang kita akan lentur untuk bertanding lagi!

Cikgu Musa geng gila komputer zaman mula-mula aku
balik daripada Sarawak. Pakar 'main games'!!
Sebagai hakim, aku kena benar-benar jujur walaupun sekolah aku masuk juga dan ada kaitan dengan aku pasal aku juga guru ICTL. Ikhlas aku cakap mutu bahan sekolah aku cukup menyedihkan... hampir nombor "bong"!

Kertas kerja blog tak buat, sedangkan 20% markah ada di situ.

Mulai tahun 2009 aku telah wajibkan pelajar aku mesti ada e-mail, blog dan facebook. Kebetulan aku pula mengajar semua kelas untuk tingkatan satu. Ini bermakna sekarang ni tidak kurang 700 pelajar sudah ada blog dan facebook.

Walapun pada tahun 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia tidak mempunyai dasar yang jelas dengan blog dan facebook. Laman-laman sekolah yang berada di blog diminta pindah ke server kementerian. SchoolNet pernah block blogspot.com hingga wujud bantahan ke peringkat internasional atas isu ini.

Aku ambil jalan yang cukup sukar untuk memastikan anak murid aku mengikut perkembangan. Malah pelajar tahun satu sudah diajar dengan photoshop. Bukan itu sahaja mereka juga diajar bagaimana membina web dan animasi melalui photoshop yang juga merupakan tahap yang tinggi.

Tapi malangnya bila bertanding, blog yang dibina seolah-olah dibuat oleh anak aku di sekolah rendah Muizzuddin sahaja. Reka bentuknya macam alam deraemon, transfomer dan angry bird!!

Dimana aku nak letak muka!

1 comment:

  1. saya rasa cikgu adalah guru paling byk pengalaman sejak dari smso dulu hingga kini..

    ReplyDelete