Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, October 20, 2011

Kapit: Tukang jahit aku..


Semasa aku saja-saja search gambar Kapit, Sarawak sekadar cari nostagia, aku bertemu dengan gambar Cina tukang jahit ini. Wah seronok juga pasal dia ini adalah tukang jahit aku di Kapit.


Aku dari dulu sampai sekarang suka pakaian berjenama 'JohnMaster', walaupun aku ada juga jenama lain, tapi JohnMaster boleh dikatakan pilihan aku. Tapi semasa di Kapit aku tak beli seluar JohnMaster pasal aku suka suruh Cina ini (maaf aku tak ingat nama dia) jahitkan. Dengan kain bermutu tinggi daripada Japan, sehelai seluar hanya berharga sekitar RM40 - RM70 sahaja... ini berbaloi berbanding dengan beli yang dah siap..

Raya tahun pertama aku di Sarawak, 1990 aku minta Cina ini jahitkan baju "Melayu ala Pakistan". Dia cakap dia tak pandai. Aku bagi simple sehelai baju kepada dia dan minta dia jahitkan, dia tak nak..

Aku terus paksa dia dengan mengatakan "Tokey lecehlah lu, bukak kedai jahit tapi tak tahu nak jahit" Mungkin bengang dengan sindirian aku dia setuju. Tapi aku bermasalah dengan kain nak buat baju, pasal di sini semuanya kain seluar... last sekali aku pilih kain seluar walaupun tebal untuk buat baju,

Janet, Aku, Wong Lee Ping dan Lin Li Li dr Kelas 5 Sains 1
Ok juga Cina tu jahit.. dan dia hanya minta RM60 sahaja termasuk dengan seluar. Aku pun hairan kenapa murah berbanding di Semenanjung. Raya Aidil Fitri tahun tersebut aku bergaya dengan songkok ala Pakistan (Mohammed Ali Jinnah).

Aku juga first time buat nasi dagang sendiri. Tapi aku tak reti buat 'kuah ikan aya'. Aku masak aje kuah daging!! Mana Iban, Kayan, Kenyah, Kelabit. Cina tahu... dia suka nasi dagang aku!

No comments:

Post a Comment