Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Monday, October 17, 2011

Penapis Air


Aku menulis pasal air sebelum ini dan sebenarnya artikel itu ada banyak siri. Ada niat nak sambung tapi oleh kerana terlibat dengan kumpulan KIK (Inovatif dan Kreatif - satu kumpulan telibat dalam pertandingan buat program KIK) aku dah tak cukup masa dan menjadi aku begitu inovatif dan kreatif dalam 'menceduk' dan 'mengubah suai' kerja-kerja orang lain.. he he (yang tahu aje boleh gelak!)


Malam tadi sebelum sempat nak mulakan kerja terakhir KIK yang akan aku bentang dan gabung jaling dengan ahli kumpulan di Sri Malaysia, Marang ada anak murid aku 'chat' di FB nak jual penapis air. Aku send dia artikel ini "Air tempayan sahaja membesarkan aku" tapi dia mungkin tak faham maksud aku..

Dulu isteri aku nak beli penapis air, jenama Bio Aura aku tak setuju, dia memang nak beli jugak rasanya tapi atas dasar "ketaatan" dia pendam aje (pendapat aku)..

Masa makin berlalu boleh kata semua orang ada penapis air. Semua adik beradik aku dan adik beradik bini aku ada penapis air, aku aje tak ada. Aku ini kuno rasanya.. atau ada orang kata kedekut!

Hujah penjual penapis air, yang penapis ini membersihkan air daripada kotoran aku tak pertikaikan, air teh (bukan teh ucang) kalau ditapis pun bersih... budak tadika yang ada mata semuanya pasti mengiyakannya!!

Penjual penapis air kata boleh mengubati kencing manis ini aku rasa nak ketuk aje filter penapis tu ke kepala yang berhujah macam ni!! Kalau boleh ubat kencing manis dah lama doktor di hospital bagi satu seorang penapis tu!! tak payah beli ubatan mahal atau mesin hemodelisis untuk penyakit ini!. Kes pembedahan potong bahagian sakit pun boleh dikurangkan.

Habis kenapa boleh beransur pulih yang kena kencing manis? Ini hujahnya, kencing manis disebabkan minum air manis, kalau hari-hari minum air 'mati' (paip di tapis) aje kuranglah gula dalam darah... Kencing manis pasti kurang. Jangan kita mudah diperbodohkan!

Aku hanya bersetuju dengan menyingkirkan bahan toksid dalam air sahaja daripada dakwaan-dakwaan penjual penapis iaitu boleh menyebabkan sistem imuniti badan dapat dipertingkatkan, mengurangkan alahan, menyingkirkan bahan-bahan toksik daripada air dan malah ada kata boleh buat kulit jadi licin.

Aku juga rasa pelik ada yang mendakwa alat tapisannya boleh "memecahkan molekul-molekul air menjadi partikel-partikel kecil agar ia mudah diserap oleh tubuh". Sedangkan kita tahu molekul air yang dipegang oleh pengikat hidrogen tidak boleh dirungkai oleh mana-mana proses penapisan.

Jesus lizard boleh bergerak atas air
Hidrogen boleh bersifat elit menyebabkan "ketengangan permukaan" pada permukaan air yang ini boleh seranga air boleh berjalan di atasnya sahaja. Aku ni cikgu fizik, aku ajar anak murid aku pasal ini.

Hydrogen bonding makes water molecules "stick" together. While hydrogen bonds are relatively weak compared to other types of bonds, they are strong enough to give water many unique properties. For example, hydrogen bonds sank the Titanic, and hydrogen bonds allow the Basilisk lizard to walk on water (as a result, the Basilisk has earned the nickname "Jesus" lizard). 
Just how does hydrogen bonding do this? Well, let's start with the Titanic. The Titanic sank because it hit an iceberg - a chunk of ice floating on the surface of the ocean. The reason ice floats is because of hydrogen bonding. In water's liquid form, hydrogen bonding pulls water molecules together. As a result, liquid water has a relatively compact, dense structure.

Ada penjual kata penapis boleh tambah oksigen, yang cakap macam tu belajar kimia masa sekolah pun tak lulus! Ada juga yang kata boleh tukar air paip jadi air mineral.. ini lagi tolol!

Saya tulis ni nak beritahu penapis tu tak salah pasal memang kerja dia menapis. Penapisan bergantung kepada kepekaan alat tersebut dan sejauh mana servis yang dilakukan. Kalau kita tak servis makna penapisan tak berlaku kita masih minum air paip ada kotaran.

Yang salahnya ialah tukang jual yang kempen kononnya boleh buat itu dan ini seolah-olah penapis boleh mengubati penyakit! Penapis bukan ubat tapi pencegahan sahaja.

Lagi satu harga penapis juga "gila babi!!!" Ada dijual Bio Aura tu dengan RM2000 ++ sedangkan harga asalnya sekitar RM300 sahaja atau mungkin murah daripada itu. Sekarang ada yang lelong dengan harga murah. Kalau tanya aku, aku jawab JANGAN BELI. Beli sahaja air meneral dalam botol di pasar raya.

Sebab itu aku beli air mineral dalam kotak aku simpan aje di rumah aku nak masak ke nak buat apa aku gunalah dia. Ini lebih pratikal!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails