Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Saturday, May 21, 2011

Windows 8

Catatan: Artikel ini aku dah tulis dalam laman sekolah pasal blogspot.com mengalami gangguan. Ok

Hari ini nak buka blog tak boleh kerana www.blogspot.com mengalami gangguan. Jarang berlaku pada syarikat besar ini mengalami gangguan yang agak lama. Untuk itu saya mengambil kesempatan menulis di laman www.Aizek.Net yang kini kurang dikemaskini dengan berita-berita sekolah.

Aktiviti sekolah memang banyak, tapi pemberitaan masih lagi tak begitu kemas. Rasanya ini adalah cabaran kepada cikgu-cikgu bahasa dan khususnya kepada Panitia Bahasa. Takkan orang sains pula yang menulis?

Menurut laporan Windows 8 build 7994 telah disusun, saat ini sumber-sumber telah memberitahu bahawa Windows 8 build 7996 telah disusun dengan string pembinaan penuh sebagai 6.2.7996.0.winmain.110429-1810

Ada juga sumber mengatakan bahawa Microsoft akan melancarkan versi beta dari Windows 8 Build 8000 pada sekitar pertengahan tahun ini.

Sebelum ini Windows 8 build 7959 yang dikatakan telah dibocorkan dan boleh di download. Ada juga yang mengatakan semua Windows 8 Build 7971 torrents yang terdapat di internet adalah palsu.

Buat masa ini saya belum berminat untuk mencubanya walaupun telah menjumpai link-link berkenaan. Untuk versi 32 bit hanya bersaiz sekitar 1.19GB sahaja.



Di antara ciri-ciri yang lain dari Windows 8 yang meliputi Metro UI, Modern Reader, SmartScreen keselamatan fail pemeriksaan (SmartScreen file checking security), Sejarah Gudang (History Vault - betul dok terjemahannya Wafi?) dan pengaktifan OEM.

Lagi satu ciri-ciri baru-baru yang bocor adalah Windows App Store yang tidak hanya termasuk dalam Windows 8 tetapi juga akan sedia sebagai software standalone disokong oleh Windows 7.

Rupanya Windows App Store terlihat serupa dengan Apple Mac App Store, tapi mungkin kedai terbesar untuk PC. Sejumlah besar aplikasi, mulai dari permainan untuk aplikasi pejabat dan dari pelayar ke aplikasi internet yang berkaitan akan sedia untuk di-download.

Kesimpulannya Microsoft masih lagi berada ditahap "peniruan yang liar" bermakna dia meniru tapi seolah-olah dia yang mendahulinya kerana dia telah 'meracuni' fikiran kita bahawa windows adalah segala-galanya.

Pasti cikgu Rizal dan Wafi tersenyum lebar membaca artikel ini.

No comments:

Post a Comment