Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Friday, November 12, 2010

Tips mengatasi telefon daripada promosi hotel, bank dll

Paling kita boring bila ada panggilan telefon daripada hotel, bank atau mana-mana agensi ke handphone kita untuk membuat iklan promosi atau pakej tertentu. Malas nak layan kadang kala tak kena masa.

Tambah boring bagaimana maklumat peribadi kita semasa kita mendaftar dengan celcom, maxis atau bank telah disalahguna oleh orang tertentu menjual maklumat ini kepada orang lain.

Saya ada kaedah sendiri mengatasinya, antara yang saya lakukan.

1. Misalnya panggilan daripada bukan Islam, Cina atau India saya terus melihat jam, jika pukul 3.30 petang contohnya. Saya katakan kepada mereka maaf saya baru nak solat zohor lewat ni, boleh tak call setengah jam lagi. Setengah jam lagi kalau naik nombor sama biarkan aje... Maybe dia ingat kita solat panjang kot!!

Tapi jangan cakap macam ini jika 10 pagi. Cina dan India pun tahu kita kelentong dia.

2. Atau, kita katakan "sorry saya sedang metting, u call saya semula setengah jam lagi.." Jangan sebut pada hari minggu, metting apa hari minggu.

3. Atau biasanya dia orang akan tanya, ini En Zul Mohamad ke? Bukan En Zul ke tandas sakit perut, banyak sangat makan jeruk. Kita boleh buat joke sikit. Kalau nak peramah boleh tanya "ada apa-apa pesan ke?"

Tapi awas jangan panjang sangat, dia orang ni tak kira siapa asal boleh kempendi kempen. Siapa tak kira asal dapat diperangkapkan.

Ini juga boleh atasi, kita katakan "tak boleh cakap banyak nanti bateri habis, kesian En Zul tak boleh telefon isteri dia".  Lalu kita off telefon.

4. Kalau mood kita molek elok, free pula tu. Layan dia orang ni berhujah dan setiasa bertanya. Kalau dia sebut pakej bagus, suruh dia terangkan  secara detail. Beritahu anda minat. Semasa dia orang sedang menerangkan bersungguh-sungguh. Anda sebut "Maaf saya sakit perut, saya nak ke tandas" Terus aje off telefon jangan beri peluang dia orang dapat bercakap. Biar berhenti tergantung... mesti dia orang putus syok!!!

5. Satu lagi nak buat dia orang ni hilang syok, Kalau dia datang daripada hotel contohnya. Kita terus aje sebut "ada promosi masa cuti ya?". Dia kata ya. Berikan diskaun kan? Dia jawab ya. Terus sahaja kata sorry saya tak minat dan terus aje off handphone.

Kalau bank, kad kreditkan? Dia jawab ya. Special offerkan? Dia mesti jawab ya punya. Terus kata, kita tak suka hutang, maaf terus aje off telefon. (atau kita tak main kad kredit.. terus aje off)

Rasanya kalau diamalkan beberapa tips di atas tu, sudah pasti tak ada lagi call gangguan berkenaan!!

3 comments:

  1. Tips menarik tapi tak perlu rasanya. Beritahu sahaja sorry saya tak mahu.

    ReplyDelete
  2. klu dye tepon jawab je. bual2 kosong. perabis kn kredit dye >.<

    ReplyDelete