Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Saturday, June 16, 2012

Pengalaman Pengaulan dengan Komputer: Windows - part 2

Part 1 aku ada cerita pasal DOS, IBM 386, Games VGA..(boleh baca di sini - sila klik) kali ini aku nak sambung pasal Windows pula. Windows 1.0 mula dilancar pada November 1985, tapi penggunaan Windows di Malaysia agak lambat sedikit pasal 'pirate' masa tu tak hebat seperti sekarang sehingga Malaysia termasuk antara 10 negara 'pirate' solfware terutama... wah bangga aku sebagai rakyat Malaysia!!

Masa di UTM aku belum lagi kesempatan menggunakan windows, sekadar guna Apple Macitosh (masa tu sempatlah guna mouse... mouse pada masa dalu adalah suatu yang hebat!!) itu pun yang berada di pejabat TNC HEP, kebetulan aku agak baik juga dengan Prof Madya Tuan Haji Syed Mohd Fahmi. Pasal UTM nanti kalau ada masa aku aku cerita lebih panjang. Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang, Naib Censolor UTM sekarang tu pun senior aku dan kami pernah berdebat dalam mesyuarat ketika bersama di MPP.... ok kita sorok cerita-cerita ini...

Bila aku posting di Kapit Sarawak, perkembangan komputer aku agak lambat, kadang kala aku terpaksa menghabiskan wang untuk satu call telefon RM35 semata-mata nak selesaikan masalah WordPerfect 5.1 pada masa itu dengan sehabat junior aku Hishamuddin (aku cari dia sampai sekarang tak jumpa...)


Aku hanya sempat guna Windows 2.0 dan 3.0. Bila aku balik ke kampung perkembangan pengetahuan komputer aku bercambah secara mendadak dan mengalahkan hampir semua tok guru - tok guru....

Windows 1.0



Windows 1.0 menggunakan antara muka grafik GUI. Oleh kerana MAC masa itu telah paten design untuk Macitosh menggunakan konsep tertingkap berlapis maka microsoft hanya buat berbentuk jubin sahaja. Windows 1.0 hanya bersaiz 712KB sahaja.

Windows 2.0



Windows 2.0 diterbitkan pada November 1987. Antara muka adalah lebih baik berbanding dengan versi 1.0. Selepas itu diperbaiki dengan versi 2.1 yang menggunakan memori lebih baik. Windows 2.01 hanya bersaiz 1.19MB sahaja.

Windows 3.0


Windows 3.0 mula terbit 22 May 1990. Windows masih kalah dengan Apple Macintosh dan Commodore Amiga.

Bila aku balik ke Dungun 1 Mei 1994, aku beli PC sendiri IBM486 DX2 66 dengan ram 8MB (bukan 8GB.. harga masa itu adalah 1MB ialah RM100 berbanding sekarang 4GB tak sampai RM100) Semua nya dengan harga RM5700. Masa itu aku belum beli lagi CD ROM, Install guna disket sahaja. PC aku menggunakan 2 drive proppy disk. Sekarang beli PC desktop mana ada driver A propy disk!!

Pagi tadi cikgu Munawar ada telefon aku cerita masalah nak hantar data JPM menggunakan disket sedangkan destopnya tak ada drive A. Aku beritahu dia bukan sahaja desktop, malah power suppy pun yang terkini kabel untuk proppy disk tak ada.

Dulu kalau ada dua drive A dan B macam aku ni kira hebatlah!!! Aku pakai dua-dua 3¼ ada yang guna A untuk 3½ dan B untuk 5¼ inci (disket besar).

Bila ada PC sendiri aku dah mula pandai install windows sendiri. Dengan menggunakan 6 keping disket. Proses install windows makan masa kadang kala sehingga 30 minit. 




Solitaire mula ditebitkan pada windows 3.0


Skrin server adalah program third party Norton. Pada masa ini Norton menguasai sofware DOS untuk utilities.. dan boleh guna skrin server menarik daripada AfterDark.


Konsep tertingkap pada windows.

Windows 1.0 beroperasi pada16 warna dalam mod EGA dan VGA manakala Windows 2 hanya mempunyai menu berwarna dan kotak tetingkap dengan grafik menjadi monokrom. Warna 256 VGA mod disokong untuk kali pertama berjalan dengan baik pada windows 3.

Aplikasi seperti Notepad telah diperkenalkan dan pembaikian kepada Brush (Dulu Cat dan sekarang Paint.)

Pada masa itu aku aku guna Ami Pro 3.0 (Ami Pro adalah soflware pertama menggunakan 386, sekarang Lotus Word Pro), Lotus 123, dBase 5 for windows, Hardvard Grphic, PrintMaster, Lotus Approach, PhotoStyler dll...

Windows 3.1 hanya bersaiz 4.38MB sahaja

Aku masih ada lagi software untuk windows 1.0, 2.0 dan 3.0. Jika nak boleh download di bawah:-
Windows 2
Windows 3

.......ok sambung nanti dengan windows 95.... 


4 comments:

  1. sangat menarik.. hampir sama dengan saya.. PC pertama yang saya ada di tahun 2 semasa di UTM 386-sx 40 dengan math co processor sebab nak pakai AuoCAD.. masa tu CAD 10.. main banyak taip2..

    dan KOTARAYA .. mmg tempat nostalgia utk student UTM yg berhenti di perhentian sg segek menaiki bas T HAKIM..

    owhh indahnye zaman student dulu.. tenaga menyala2..!

    ReplyDelete
  2. Zaxx aku tak pandai sampai sekarang AutoCAD, walaupun ada cuba nak tahu. Walau bagaimana pun aku simpan autuCAD 14 dan sekarang aku ada original autocad 2007... lepas tu aku sudah tinggal perkembangan autoCAD (maksud aku tak cari nak buat koleksi installer lagi)

    ReplyDelete
  3. cikgu , sya dah download windows 8 , tapi driver xda , sy terbaca kat sini > http://msdn.microsoft.com/en-us/library/windows/hardware/gg487428.aspx

    kat web tu ade software yg boleh build driver win 8 daripada win 7 ke ?

    saya > http://syok-blogger.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. @~Arif~Asyraf~ kai laptop ke pc?
    Driver intel da ader. Beta nye. Tp untuk jenis processer bkn jenis i tu x tau la.

    ReplyDelete